Pages

Tuesday, December 18, 2012

TEMA PERKAHWINAN???**KOMPIUS TAHAP TERUK**

 Purple+Biru Turquoise

 Spring Yellow

 Turquoise+White

Fuchsia

Emerald Green + White/ Aqua Emerald  

Royal Blue + Yellow

Hyap!!,

Tetiba terajin la plak nak update blog nie kan.Actually skg nie tgh pening nak cari tema untuk majlis perkahwinan sbb kebykkan warna semua kawan-kawan dah pakai time kawin diorg (tue la,kawin lmbt2 lagi). So skg nie dalam dilema nak pilih tema ape. Mula-mula igt majlis belah aku nak pakai Spring Yellow (SIla rujuk gambar diatas) the belah laki Royal Blue + Turquoise (Sila Rujuk Gambar di atas. Pandai-pandai la korang combine sendiri kan). Kirenya Baju Royal Blue then peralatan lain n pelamin Turquoise. Tapi tengok Yellow nie ramai sangat dah pakai kebelakangan ni sO dah jadi 50%-50% plak nak pakai...Adoii stressnye!! Baju nikah Putih + Silver, so mmg putih + Silver dah kuar dari senarai.
 
Korang pun mesti pelikkan nape aku tak amik pink.Actually aku tak amik kaler pink sebab tunang nanti tema aku dah pink + peach, sO sbb tue aku deside nak pilih kaler lain. Kaler pink + peach mmg dah kuar la dari senarai. Tema untuk pertunangan aku adalah seperti pic dibawah nie yer. Sweet x???
 
 Pink + Peach (Tema Pertunangan)

p/s : Korang ade idea tak warna tema ape yg best?hOpe ade la yang sudi membantu.

XOXO 

With Luv
Ta'a Razali

Sunday, December 9, 2012

PELAMIN OH PELAMIN

Cantik x pelamin-pelamin kat atas nie??sangat cantik kan..
       Okey lah, actually now aku tgh servey beberapa pelamin utk majlis aku nanti. Aku pun dah tanye kat beberapa bridal pasal harga pelamin nie.Kebanyakkannye sume rm3k ke atas.paling murah pun leh dapat rm2800, tu pun sama je kan nak dekat rm3k gak. Aku sebenarnye bajet dalam rm2k ke bawah. yela, mst la kene bajet2 kan. Maybe ade yang aku leh design utk dapatkan pelamin lebih kurang camni dengan harga yang okey. Agak-agaknye kalu pelamin yang cantik mesti la harga pun cantik kan....Apa-apa pun aku kene cari pelamin dengan bajet yang sesuai. Hope dipermudahkan.Amin!

With Luv,
Ta'a Razali

Thursday, December 6, 2012

LIRIK LAGU KEAJAIBAN CINTA - ALIFF DAN ADIRA

 KEAJAIBAN CINTA - Mr B & Mrs T

Takkan pernah aku menyerah
Walau harus terpisah ruang
Hanya bisa bermimpi terlukis dalam khayal
Betapa ku junjung setia
Biar waktu terus berlalu
Hati takkan pernah berhenti
Menyanyikan lagumu membaca puisimu
Selamanya aku rindu

Pre-Korus:
Biar hujan yang turun membasahi jiwa ini
Ku tetap setia menanti dirimu

Korus:
Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu datang memeluk daku

[Ulang Pre-Korus]
Huu…
[Ulang Korus]
Woo..
[Ulang Korus]
Memeluk daku

11-11-2012: SYUKUR!!ALHAMDULILLAH~~~TERCIPTA UNTUKKU

11.11.2012 (AHAD)                            Tempat  : RumahKu SyurgaKu

Syukur Alhamdullillah pada tarikh keramat ini aku telah dirisik oleh Mr B selepas setahun bermadu kasih (poyo x ayat aku :p ). Actually kami kawan pun bulan 11, risik bulan 11, tunang n nikah pun insyaAllah pada bln 11 jugak tahun depan. Sebenarnye secara jujurnya aku tak sangka Mr B telah menjadi pilihanku. Bayangkanlah aku sendiri pun xtau mane satu nak pilih (macam la cun sgtkan :p). Tapi tue lah hakikatnya sebab pas aku breakoff dengan Mr A, aku mmg dah frust giler2 la. Dan dah 2 pinangan aku tolak smp ayah aku pun pening pkr nape la anak die nie sume org ditolaknye.Tunggu anak Sultan ke ape yg masuk meminang nie (aku agak jela dalam ati die cakap camtu kan).  Tak sangka sangat akhirnya orang jauh jugak yang dipilih aku.Orang perak aku xnak yer,orang jauh jugak jodoh aku.InsyaAllah.Amin!! (Perak VS Pahang, Ko aderrrrrr???). Dulu nak sangat orang Johor tapi last2 dapat gak orang Pahang.Tak kisah la orang mane pun yang penting ati aku senang n selesa dgn Mr B.
        But Syukur Alhamdulillah, Mr B yang menjadi pilihan aku dan setelah setahun kami berkawan dan mengenal hati budi ternyata dia lah pilihanku.  Banyak jugak dugaan yang dihadapi oleh Mr B. Bukan dugaan yang pelik2 yer.Maksud aku dugaan di dalam melayan kerenah aku. Aku nie kan baran, kuat meroyan, sensitif n dll (biasalah perempuan, nak sume yg terbaik). Smp hampir2 kami putus, tapi ternyata dia yang boleh bersabar banyak dengan aku even kadang2 die pun nak naik meroyan gak dengan aku.ahahahah!!
           Aku sangat2 berharap dan berdoa semoga urusan kami dipermudahkan. Start buLan depan dah boleh prepaired untuk banyak bende dah. Dewan dah booked!Tue pun ssh giler nak cari tarikh.Adehhhh pening nak cari tarikh smp nak naik meroyan gak aku cari tarikh nie. Apa pun, aku mengharapkan yang terbaik dan semoga sumenye dipermudahkan.Amin!

p/s : pasni dah nak jadi bini orang la.alamak,dah bersedia ke aku nie!!Takpe,lagi setahun.Lambat lagi. Jangan xcited sgt, cool je!ahakss.TQ pada mak dan ayah yang bersusah payah melayan kerenah anak mu ini.Luv both of u.Muahahhhh!!

With Luv,
Ta'a Razali

Tuesday, October 9, 2012

Mudahan-mudahan niat kite bercinta itu tulus dan benar lillahi ta’ala

With Luv,
Ta'a Razali

0.0

Dah lama tak mengupdate blog. kali terakhir pun bulan 6 aritu.
ok, pas final nie sedaya upaya mengupdate blog balik. 

XOXO

With Luv,
Ta'a Razali

Wednesday, June 13, 2012

"maknanya, tak boleh letak harapan tinggi-tinggi la?
tapi, kalau tak harap tinggi-tinggi, macam tak sungguh-sungguh je.”

"bukan macam tu.
ya, jangan la letak harapan tinggi-tinggi.
sungguh-sungguh tu bukan dinilai dari tingginya harapan dan impian semata-mata.
setakat harapan tinggi, usaha takde, macam mana?

"tapi, belum masanya, nak usaha-usaha ni.
tak mampu lagi, tak sedia lagi.
"habis tu, belum masa usaha-usaha,
kenapa sungguh-sungguh sangat nak usha-usha?”

With Luv,
Ta'a Razali

Because the LIFE....

Sahabat....

Puisi.....

Terkadang....

" kadang-kadang,
kita tak tahu kebenaran.
kerana kita belum sedia untuk mengetahuinya.

kadang-kadang,
kerana kita belum cukup kuat,

kadang-kadang,
kerana sebenarnya kita belum mampu,
untuk tahu.

rasa ingin tahu memang menebal,
tapi masanya masih belum tepat.
mungkin kerana itu,
sesetengah kebenaran itu masih belum dapat kita ketahui.
masih tersimpan rapi,
dalam rahsia milik Ilahi.

terkadang,
kerana DIA ingin menguji,
keteguhan pengharapan dan kepercayaan seorang hamba.

dan terkadang,
kerana DIA lebih tahu,
bahawa sejujurnya,
kita belum mampu untuk mengetahui hakikat kebenaran itu, "

With Luv,
Ta'a Razali

JAGA HATI

" Sudah sepantasnya kita malu pada Allah Tentang rasa cinta yang tak halal untuk dirasa,
Tentang angan yang tak pantas dibayangkan"

                "Karena semua itu adalah sebuah pengkhianatan padaNya dan juga seseorang yang kini sedang menjaga hatinya untukmu.”

“Ketahuilah disana ada insan yang setia menundukkan pandangannya, yang menghijab hatinya, yang menunggu dengan mengisi harinya penuh doa terbaik untukmu."

              "Ia tak pernah inti mengenalmu sebelum halal atasmu Karena dengan itu ia menjagamu,
               Maka dengarkanlah wahai saudaraku, tak inginkah kau menghargainya dengan berbuat seperti apa yang ia perbuat untukmu? Menundukkan hati dan pandanganmu untuknya sampai tiba saatnya”

With Luv,
Ta'a Razali

Tuesday, June 12, 2012

Kembalikan....

With Luv,
Ta'a Razali

Andai Ku Bercinta Lagi-MOJO

Lirik Lagu Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

SELAMAT PAGI!!

SELAMAT PAGI SYG!! ops....

MONING U ALLS! Syukur alhamdullillah aku masih sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biase walaupun kdg2 kebosanan di dalam menjalani kehidupan melanda.  

Arini, Aku cube sedaya upaya memulakan kehidupan baru dan episod baru dalam kehidupan. setiap tarikh baru dalam hari2 aku, aku akan pastikan bermulanya episod baru. Dan aku harap aku tabah dan kuat untuk menjalani kehidupan ini :)

Kadang2 bila bangun je pg, cepat btl masa berlalu...Terlalu cepat
sampai kadang2 bukan waktu yg mengejar aku, tapi aku yg mengejar masa...
Cepatkan, sekarang dah pertengahan bulan 6....
bulan depan dah bulan 7...Puasa then Raya....
Tahun depan maka bertambah lah satu angka pada umur aku....
bOleh tak kalu tak nak masa berlalu...aku nak umur 18tahun je..
bOleh tak??

With Luv,
Ta'a Razali

Putus Lagi.....Actually ni entry aku ke berapa psl aku putus cinta pun aku xtau.  Sebab tue bila aku pts kali nie aku rase biase je..Tak sesedih dl, tak mengharap seperti dl, tak kecewa seperti dahulu.  Mungkin pengalaman lepas dah mendewasakan aku.  Mungkin aku dah lama redha dengan ketentuan yang Allah tulis untuk aku.  Sedih mmg la sedih tapi perjalanan mesti diteruskan.  Maybe esok lusa akan ade cerita baru dalam hidup aku. 
Orang cakap, berkawan lama2 pun blm tentu jodoh kite..kalau berkawin skali pun blm tentu akan kekal.  Kalau sebuah perkahwinan pun satu pertarungan, apatah lg satu percintaan. Nevermind, as long tak mengganggu hidup aku, aku ok je...
Tuhan tue, ada cerita sendiri yang die dah cipta untuk kite.  Sebab tu bagi aku, hidup nie mcm novel.. Berjumpa, Bertemu, Bercinta dan akhirnya berpisah...Walaupun bukan berpisah dengan cara pergaduhan dan orang ketiga mesti akan berpisah dengan cara lain..Manusia nie smp mase, akan berpisah jugak.  Betol x? (ok, sila mulakan hidup single blk)
Ok lah, untuk si-dia aku doakan yg terbaik dlm hidupnya. Mungkin semua nie ada hikmah kalau x, xkan hati kt menidakkan semua kemungkinan...Masing2 ada silap masing2.  Mungkin cara dan sikap dia membuatkan aku cannot go dgn dia...Aku perempuan yang mahu kan perhatian, yang mahu kan kasih syg dan tempat bermanja.  Mungkin cara dia berlainan dengan cara aku.  Seboleh2nya aku tak nak ptskan hubungan nie tapi kalau dah xsehaluan dan masing2 xboleh terima cara masing2, mcmane nak menempuh kehidupan akan datang. Tol x?
Ok, pasni mst aku kembali kurus sbb makan hati.. hehehee
With Luv,
Ta'a Razali

Friday, June 8, 2012

BLOG SUDAH BERSAWANG!!!

 (Kan cantik kalu blog aku sweet mcm ni)

Blog aku dah bersawang!!OMG!!dah lame sgt aku xupdate blog aku.kalau x seminggu sekali mst aku update blog aku nie.  Bukan sbb BZ terlampau tapi aku malas sgt....

Al-maklum la bila penyakit M aku datang.  Semua bende aku mls nak bwat. Sebenarnye xde pe pun yang menarik dalam hidup aku. Datang keje, balik keje. Tue je..xde pembaharuan pun dalam kehidupan aku.  Agaknye mcmni la kehidupan kot.  Tapi maybe kehidupan korang menarik dari aku. Nanti kite share2 la tau :)

Ok lah, masa pun cepat berlalu.  Kul 5 sharp aku mst balik. xleh duk opis lbh mase maklum la bukan byr lebih pun kan. Jadi haruslah cabut bile dah abis time keje. Nanti kalu aku sng2 aku update lg k. Bye!

Monday, March 12, 2012

03.03.2012

Wah,da lame aku xmencoret kat blog aku nie..sbb sejak kelas bermula nie,aku agak BZ dengan kerja tetap aku so xsempat rasenye aku nak mencoret2 dlm blog aku nie. Sian blog~~ lagipun aku bukannye blogger tegar nak mencoret kisah2 idup aku dlm nie tiap2 ari. Maklum la,kdg2 aku rase dlm idup aku nie same je..xde yg menarik pun..Isnin - Jumaat aku keje. Sabtu Ahad ade kelas. Kalu xde kelas pun aku duk umah je. Aku kan budak baik =p

Oklah, nak cite skit psl birthday aku yg lepas, 3 Mac 2012 (Sabtu). Actually aku xdpt pepe hadiah pun kecuali drpd kawan aku yg bg hadiah kat aku. Hadiah kasut Hush Puppies ok. comel dan aku suka. Ida plak masakkan utk aku. TQ my dear. Housemate aku pun sibuk memasak utk aku. Kirenye sabtu ahad aku mmg kenyang gile la sbb ramai yg rajin masak utk aku kan...

Cume sedih la sbb xde birthday cake, xde family n xde pun makan2 mcm orang lain. Sbb tue aku ckp idup aku mendatar dan biase je, xde yg menarik pun... mmg tiap2 tahun mcmni je, maklum la orang merantau, so hadiah birthday pun xde la....sbb family jauh...

Actually Birthday aku nie, sama dgn papa salim..kalu dl, tiap2 pg aku dpt sms daripada dia sempena birthday aku. Wish aku n nasihat aku mcm2..Ayat yg die xleh tinggal mesti "JANGAN LUPA SOLAT"...Rindu aku kat papa salim...

ok Lah, aku pun dah xtau nak membebel ape nie.aku nak kuar g makan dl sbb dah lapar sgt dah nie...uhuk.

Untuk kawan2 yg wish aku thanks a lot. Untuk kwn2 yg bagi aku kasut yg comel, TQ n may god bless u. Xlupa jugak pada kwn2 yg bersusah payah masak sedap2 utk aku. TQ yunk.....

"Doa aku pada tahun nie, semoga Allah selalu merahmatiku, memudahkan kenaikkan pangkatku, permudahkan kerjaya ku, rezki ku, memudahkan pelajaranku, permudahkan jodohku dan memudahkan kehidupanku didunia dan akhirat..amin" (:

With Luv,
Ta'a Razali

Wednesday, February 15, 2012

ADOYAIII.....PENANGAN ESEMEN~~~

wah!! Pening.....Pening...sejak aku start masuk sem baru dan sem semakin bertambah nie, banyak sangat esemen yang diberi oleh lecturer..even subjek semakin sikit tp esemen makin bertambah dan macam-macam ragam lecturer. Ada yang nak camni la, nak camtu la..kalu aku nie robot ke,Doraemon ke...ok la jugak..dapat tukarkan esemen aku menjadi sebuah esemen yang terbaik....ecece~~~hehehe

Tu kalu aku doraemon la kan....so dalam beberapa hari ni,agak kusut gak la..mane nak cari bahan,mane nak cari rujukan..kalu dah rujukan pun nak lebih kurang 10 buku mmg satu library la aku kene pnjm buku. Untuk 1 esemen 10 buku rujukan..ok lu blh pkr sndr la kan... harap2 aku jadi Doraemon lah satu hari nanti..blh tukar kerusi,meja dalam bilik aku menjadi buku yang aku nak =p

konon-konon nie la esemen yang aku buat.ehhe....tapi aku sangat2 lah bersyukur sbb ada la sorang adik aku yang baik hati nie yang banyak membantu aku utk buat esemen nie...bukan dia buat esemen aku tau.jangan salah anggap yer, die tolong aku cari bahan-bahan esemen dan buku-buku rujukan. dah 3-4 malam jugak la die tolong aku sama2 mencari buku bahan/rujukan. Baikkan? ok la,actually baru2 nie aku kene bwat esemen study group...so bila aku pkr2 balik, student nie mmg kene ade study group.

korang bayangkan la aku cari bahan rujukan 2hari xdpt2...dapat pun satu dua buku je yg berkaitan.tp bila aku dan adik aku nie bekerjasama dan bertukar2 idea..xsmp 1 hari aku dah dapat bwat satu esemen aku.bernas kan? ok, kesimpulan yg aku nak bgtau kat sini. study group tue sgt bagus! sbb dapat banyak idea dan bertukar2 pendapat..ini sesuai, itu xsesuai..(dah mcm nak beli baju plak kan).

Thanks pada adik yang comel dan baik hati sbb tolong akak awak yg dah berotak tepu nie.maklum la masa keje xsama dengan masa study. ko ingat library opis aku nie ada rujukan esemen2 nie..rujukan laporan tahunan setiap kem/jab ade la.ahaks!!

Penghargaan untuk adik aku yang baik hati. nasib ade jugak kawan2 yg study.dapat membantu.Otak orang yang tengah study nie lebih cepat dan bertenaga dari otak orang yang bekerja dan dah lama tinggalkan zaman blajar.ececeee.....

Mekasehhh adik. jasamu dikenang! chup chup!!

so skg nie aku nak settlekan dua esemen aku yang ntah la aku nak ckp...sbb nak cakap pun xtau nak cakap camne...mmg susah sangat nak cari bahan dia. Last-last nie la hasil daripada esemen aku nie!!Lebih kurang mcmni yer.Sebab gambar nie pun aku copy. (sila tengok gambar bawah)

gambar nie aku copy dari zackzuhairi

bukan aku xnak tunjuk hasil esemen aku, nnti korang tengok.korang blh muntah... ahhaa!!

**ok, kepala dah sakit....esemen pun berterabur....**

With Luv,
Ta'a Razali

KARTUN ATASHINCI'

Ini gambar Atashinchi (keluarga Mikan)

Dah lama tak mengupdate blog nie...Maklum la sejak start sem baru nie,esemen bukan main lagi berlambak-lambak. Masuk opis je esemen, rehat pun esemen..nak balk pun esemen..senang cite start sem baru nie idup aku bermula la berkawan dengan esemen. Tapi kadang-kadang kalu aku tension aku curi-curi jugak menghadap FB. Biase la nak ilangkan stress. Tu kan salah satu cara mengurangkan stress, dapat berborak2 dgn kawan2...betul x?selain dari merepek2 dalam status tue...

Ok lah, actually entry aku kali nie, aku nak cite kat korang yang aku suke sangat2 la tgk cite Kartun Atashinci nie sbb Mikan nie sangat la comel mcm aku,ditambah dengan mak die yg memang seorang suri rumah yang ade matlamat hidup =p

Ok,actually citer atashinci nie sangat best dan simple!!alkisah seorang budak perempuan yang comel bernama Mikan bersama keluarganya yang tersayang...Citer nie kelakar dan yang paling kelakar pasal mak Mikan nie la,sebab mak die sangat comel macam telur.ahakss~~~

Ini gambar Mak Mikan-Kan aku dah ckp comel mcm Telur =p

Mak Mikan yang mempunyai matlamat hidup, maklum la suri rumah yang berjaya kan......hahahahh!!! aksi comel mak dia nie mmg kelakar....sangat comel.

Ini gambar Atashinchi (keluarga Mikan)

ok, kat sini aku nak post lagu Atashinci nie. actually xtau la betul ke x.kalu xbetul sorry erk. jOm layanzz~~~

Konnichiwa arigatou sayonara mata aimashou

Uttetsuke no kotoba ha nai kedo

Kaerou kaerou kaerou yo ie made

Sakki made no netsuki ha nai kedo

Kaerou kaerou kaerou yo ogenki de

Nemukunai no ni tsukarete nai no ni

Kyou no tokoro ha owakare desu yo

Tatoe saishou de saigo no yoru demo anata to ita koto ha wasuremasen

Nakanaori no kotoba ha mitsukaranai kedo

Kaerou kaerou kaerou yo nakanaori de

**Lirik lagu yang sangat comel. Kartun Atashinci atau Sin Chan yang lagi best erk??**

With Luv,
Ta'a Razali

Thursday, January 19, 2012

INGAT TU!!!

Ingat tu!

Janganlah kamu yang sudah berkahwin mempersendakan pada mereka yang belum berkahwin. Janganlah kamu berbangga sudah berkahwin kepada mereka yang belum berkahwin itu. Allah telah mengatur jodohnya yang baik dan mereka yang belum berkahwin itu Allah telah menciptanya dan bukan sembarangan orang yang boleh menyentuh hatinya..

- sharing is caring -

Luv,
Ta'a Razali

Wednesday, January 18, 2012

BERIBU SESALAN......

Tajuk Lagu:
Beribu Sesalan

Penyanyi :
Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Hamzah

Lirik Lagu

Shila
Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ning Baizura
Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Hohoooooo

Jaclyn
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Ning Baizura
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi

Shila
Kisah janji dimungkiri lagi
Hoooooooo

Semua
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri
Hohohoooooooooooo

Semua
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku

**aku suke sangat lagu nie.Harus lah aku pasang time aku sedih.arini je aku dengar lagu nie nak dekat 20kali.skg nie aku tengah sedih ke??**hurmm...

Luv,
Ta'a Razali

Monday, January 16, 2012

PEMBEDAHAN GIGI GERAHAM BONGSU

Sape yang pernah bwat operate gigi bongsu,camni lah contoh gigi yang dioperate.

Sebenarnya aku malas gitau kat orang. Sebab macam kelakar pun ada sebenarnya. Sebab aku sendiri tergelak sorang-sorang pehal la sampai nak kena bedah bagai ni. Sebenarnya aku dah pergi kat 3 jenis klinik gigi di Kuala Lumpur dan satu di Perak. Jawapannya adalah bedah! Hish. Cuma bomoh je aku tak pegi lagi. Muahaha. Ada yang tanya,"Ko sakit ape wei sampai nak kena bedah ni?Ko barah otak ek?". Aku jawab,"Sakit gigi je la!!". Pastu dorang gelak. Dem!

Ok. Geraham bongsu. Korang perasan tak gigi geraham yang tumbuh last sekali. Yang bila dia nak tumbuh korang akan sakit yang amat. Tak kira had umur juga gigi ni nak tumbuh, sebab makcik aku baru je geraham bongsu dia tumbuh. Tapi aku punya gigi siap dah rosak lagi.Dinding mulut aku luka,gusi bengkak+bernanah.satu pakejkan??tapi aku xtau la pakej A ke,pakej B ke..tapi memang perit lah sakitnye.

Cuba tengok cara pertumbuhan dia. Dah nama pun bongsu. Perangai pun ikut suka dia je nak tumbuh macam mana. Adui. Aku rasa geraham bongsu aku tumbuh secara partial eruption la. Eceh.

Masa aku kat hospital,
masa tu World Cup! aku rasa akulah pesakit paling sihat kat situ. Aku tengok sebelah aku uncle tu cam dah koma je, katil belakang aku pulak ada budak baru eksiden. Ngeri betul. Nurse comel datang bagi aku makan makanan ala-ala pesakit kronik. Dia cakap,"Makan kenyang-kenyang ye u, esok u nak operate, i'll be with u!". Selain itu, beliau datang masukkan air dalam badan. Perrghhh...perit masa die cucuk jarum nak cari urat kat tangan. Tak jumpa-jumpa plak urat masa tu! Cucuk sini tak kena, cucuk sana tak kena. Tahan jela sakit sambil menatap wajah beliau.

Keesokan harinya dalam pukul 830am, nurse tu datang kejutkan aku. Semalamnya aku lewat tido, layan worldcup guna handphone csl ada tv. Maklumlah orang tak sakit. "Jom i bawak u ke bilik pembedahan, dont worry ok, i'll be with u".

Baring la aku atas katil. Dah pakai plastik kat kepala. Dorang suruh buka baju sebab kena pakai baju bedah tu. Malu lah aku dorang tengok six-pack aku. Dorang gantikan air dengan ubat pelali. Aku pun tak tahu tu ubat pelali sebab aku tengah sibuk menginsafi kesalahan aku dan minta doa harap dimaafkan segala kesilapan aku yang lalu.........zzzzzzzzzz.

Tepat jam 11am aku pun sedar. Menurut brader ni, dia rasa amat sakit sebab kena cabut sebatang gigi geraham bongsu. Lagipun dia cabut dalam keadaan sedar. Tapi kenapa aku perlu dikomakan? Sebab aku cabut 4 batang gigi! Dua atas dan dua bawah. Korang tau azab dia camne? Sakiiitttt sangat! Pipi bengkak. Tak boleh cakap. Makan pun susah. Tapi yang paling terkilan, aku tak dapat nak cakap yang aku nak nombor telefon mahupun facebook nurse tersebut! Hem.

Minggu nie,aku nak dioperate lagi sbb gusi aku masih bengkak.nie plak dinding mulut aku dah luka sebab hari-hari berkumur air garam..aku arap segala luka dimulut dan gusi,gigi aku sihat la sebelum dioperate sekali lagi....

**Mak aku cakap,"Yang bongsu kadang-kadang memang menyusahkan kan?" **

Luv,
Ta'a Razali

Tuesday, January 3, 2012

8 LOKASI MENCARI PASANGAN "v"

ok arini aku nak SHARE dgn korang entry 8 lokasi mencari pasangan.Actually aku xtau betul ke x sbb aku pun xpenah bwat lagi...setakat usha2 tue penah la..tp kalu korang nak cube cari kat 8 tmpt yg aku bg nie pun blh jugak.Aku pun pasni nak cube gak la mane tau kot2 sangkut ker kan..hihiihi...Anywayy Selamat mencuba (^_^)

8 lokasi mencari pasangan

1.Perpustakaan - Bagi yg masih belajar,tmpt ini pastinya memberikan peluang kpd kamu ntuk mencari pasangan.kata orang"sambil menyelam sambil minum air"

Bagi yg lelaki,ape kata kamu beranikan diri "approach"

gadis yg kamu suka.hulurkan salam persahabatan dgn sopan dan ikhlas.tentu si gadis tu takkan marah.Perempuan ini tak kisah kalau lelaki bersopan dgn mereka.

Lainlah kalau kamu bersiul dan mengusik mereka.silap hari bulan,kamu makan penampar!

2.Pusat Boling - salah satu tempat yg di gemari oleh remaja.ha,apa kata kamu ajak teman-teman pergi bermain boling.kalau tak main pun,tumpang tengok jadilah.mungkin cinta kamu akan berputik di pusat boling??

3.Pusat beli-belah - Pasti ramai yg tidak percaya.tetapi yakinlah ada di antara kita yg mendapat pasangan di pusat membeli belah.tidak mustahil ini juga berlaku kpd kamu.oleh itu,rajin-rajinlah mengunjungi pusat membeli belah untuk"window shopping" atau menonton wayang.mana tahu mungkin kamu di pikat di sana.. ^_^

4.tempat seminar/camping - kita sering terdengar kawan2 kita bertemu dgn pasangannye sewaktu menghadiri seminar/camping.mungkin perkara yg sama berlaku kpd kamu.selalunya aktiviti ini turut melibatkan orang lain di luar sekolah.jadi apabila kamu di beri peluang untuk menghadirinya,jangan menolak.mana tahu kamu akan mendapat pasangan hidup mu di sana.menghabiskan masa selama beberapa hari bersama pasti akan membuka ruang untuk kamu mengenali lebih ramai orang.

5.Internet - wah!Ini adalah peluang yg paling luas sekali kini.ramai di antara kamu yg mendapat pasangan melalui cara ini.cubalah kamu melayari internet untuk berchatting,manalah tahu rezeki kamu untuk bertemu dgn pasangan melalui internet.tidak kurang juga perkenalan melalui

"chatting" boleh membawa ke jinjing pelamin.lekas..cubalah siapa tahu rezeki kamu.kata orang'tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yg tahu'tapi awas!bnyk juga yg penipu.

selamat berjaya!

6.kenduri kahwin - pasti ade yg gelak bila baca tips ini..tapi banyak yg berkesan tau!pasti ramai yg akan menghadiri majlis perkahwinan.jadi rajin-rajinlah diri memenuhi undangan jemputan perkahwinan.selain mendapat pahala,siapa tahu kamu akan terpikat dengan seseorang di sana nanti??wow!!

7.Pejabat/sekolah - sesekali kamu perlu di tonjolkan diri agar diri kamu menjadi perhatian ramai.dah kenal barulah cinta kan??jadi cubalah menyertai sebarang aktiviti yg di anjurkan oleh organisasi sekolah kamu agar kewujudan kamu akan di sedari..contohnya sukan,kelab, dan sebagainya.pasti ada yg tertarik dengan kamu nanti.

8.kafe - daripada kamu terperap di rumah.apa kata kamu ajak teman-teman lepak di mana-mana kafe.kalau mampu pergilah ke kafe yg eksklusif.tentu yg melepak di situ juga yg best-best.siapa tahu ,tiba-tiba saje kamu mendapat nombor telefon daripada mamat yg duduk di meja sebelah kamu??

**Ada orang tanye,kat surau xde ke?kat surau/masjid utk org beribadah bkn utk org ngorat.Apa2 pun selamat mencuba yer (^_^)**

Luv,

Ta'a Razali

Monday, January 2, 2012

Tips Untuk Membina Pesona Diri (Untuk Wanita)

Anda cemburu melihat kawan anda dikelilingi lelaki sedangkan anda hanya terkebil-kebil keseorangan. Dia ada aura..daya penarik. Tapi itu yg difikirkan anda sedangkan anda sendiri boleh membina daya penarik itu pada diri anda.

Di sini ada tips-tips yg boleh anda ikuti untuk membina pesona diri anda dikalangan lelaki…

1. Lelaki suka kepada wanita yang yakin pada dirinya. Jadi jika anda yakin pada diri anda, suka pada diri anda dan dapat menerima diri anda sendiri seadanya, maka lelaki juga akan mudah menyukai diri anda. Walaupun anda berparas rupa sederhana, keyakinan anda akan menyerlahkan suatu pesona yg luar biasa. Lelaki tidak suka akan perempuan yg asyik merungut tentang hidungnya yang tidak mancung atau tubuhnya yg rendah kerana sememangnya kejadian Tuhan tidak boleh dipinda. Bersyukurlah!

2. Belajar untuk berdikari. Sesetengah lelaki menganggap wanita yg pandai berdikari mempunyai pesona yg tersendiri. Lelaki tidak suka wanita yang asyik bergantung pada orang dan sentiasa mengharapkan pertolongan lelaki. Tetapi ada juga sesetengah lelaki yg amat suka wanita yg manja dan sentiasa memerlukannya. Dia akan berasa dirinya hebat apabila dapat memberi pertolongan kepada wanita. Jadi, sesuaikan diri anda mengikut keadaan. Kalau nak tukar tayar kereta, apa salahnya meminta tolong pada kawan lelaki. Lagipun mana ada wanita yang ’superwoman’?

3. Jangan berpura-pura bodoh untuk memikat hati lelaki. Untuk apa? Adakah anda suka memikat lelaki yg bodoh pula? Jadilah diri anda sendiri..tapi janganlah pula berlagak pandai dalam segala hal kerana ia hanya menjengkelkan. Oleh itu, gunakan kebijaksanaan anda dengan bijaksana juga!

4. Jaga penampilan diri anda dengan memakai pakaian yg anda selesa memakainya. Jangan terikut-ikut dengan perkembangan fesyen utk nampak cantik kerana tidak semua fesyen sesuai untuk anda. Anda mungkin menjadi mangsa fesyen dan nampak hodoh! Terus merudum pesona anda!ikuti perkembangan trends yg sesuai dan menarik

5. Jangan terlalu rendah diri jika anda tidak cantik seperti artis atau model. Lagipun, anda sendiri tidak mengharapkan lelaki yg bakal menjadi pasangan anda utk kacak seperti Brad Pitt. Jadi, pastikan anda sentiasa selesa dengan diri anda. Wanita yang sentiasa berfikiran negatif terhadap dirinya pasti hanya akan memancarkan aura negatif di persekitarannya. Cara utk mengatasi perasaan rendah diri ini, cuba imaginasikan diri anda seorang puteri dan berjalan, berdiri, makan dan melakukan sesuatu seperti seorg puteri yg hebat. Ambil contoh Paris Hilton. Tak semua lelaki akan menganggap dia mempesonakan jika dia berfikiran negatif terhadap dirinya dan asyik terperuk dalam sangkar emasnya. Tetapi kerana dia yakin dirinya seperti seorang ‘princess’ dan ‘act like a princess’ dia menyerlahkan pesona dirinya yang begitu hebat! hehe

6. Sekiranya anda ke majlis keramaian, cuba untuk masuk ke dalam kumpulan kawan-kawan lelaki anda dan berbual-bual. Lelaki lain akan berasa hairan mengapa ada seorg wanita yang nampak mesra di dalam kelompok lelaki. Tentu ada sesuatu yang menarik pada diri anda dan membuat lelaki itu pula tertarik untuk mendekati anda.

7. Beri perhatian kepada penampilan lelaki yang cuba anda dekati. Sekiranya dia membuat potongan rambut baru yg nampak menawan atau memakai tali leher yg cantik, pujilah dgn ikhlas. Lelaki selalu berusaha utk nampak menarik tetapi jarang mendapat pujian. Jadi pujian anda tentu membuat dia rasa bangga dan gembira.

8. Jangan sesekali minum alkohol. Perbuatan ini sudahlah haram disisi agama malah akan memabukkan anda. Sekiranya anda mabuk, sudah tentu anda akan bercakap merepek-repek dan membuat anda kelihatan amat murah dan meloyakan..

9. Pupuklah sikap menghargai. Ucapkan terima kasih pada perkara-perkara yg kecil sekalipun. Senyumlah di kala anda meluahkannya. Ia membawa makna yang besar.

10. Tanya lelaki tentang pekerjaannya dan hobinya. Dengar dengan teliti apa yang dikata dan ramahlah bertanya soalan tentang perkara-perkara yang diminatinya. Tentu lelaki itu seronok berbual-bual dengan anda. Anda pun secara tidak langsung mendapat pengetahuan baru tentang dunia lelaki! Mana tahu dia mengajak anda menyertai team futsalnya dan ini memberi peluang kepada anda utk lebih mengenalinya!

11. Relaks dan selesakanlah diri anda apabila bergaul dengan ramai orang. Semakin anda selesa dengan diri anda, semakin selesa orang yang berada disekeliling anda terhadap diri anda. Anda hanya akan kelihatan kelam-kabut sekiranya anda gemuruh.

12. Sekiranya anda berusaha menarik perhatian seseorg lelaki, pastikan anda berdua memang sesuai dan sepadan di antara satu sama lain. Membuang masa sekiranya anda membuat seorang lelaki itu ‘perasan’ atau jatuh hati pada anda tetapi kemudian anda menyesal gila asyik dikejarnya!! Ingat, pesona anda bukan bertujuan utk mempermain-mainkan hati lelaki dan juga bukan utk digunakan utk test market!

13. Semasa berbual-bual dengan lelaki, jangan mengumpat atau bercakap buruk tentang wanita lain kerana lelaki hanya akan menganggap anda cuba membuat dia berfikiran negatif terhadap wanita lain. Ini akan memburukkan pesona diri anda.

14. Setelah berbual-bual, berikan kata-kata ‘pesona’ kepadanya seperti “Saya suka betul berbual-bual dengan awak..rasa seronok dapat berkenalan dengan awak. Boleh tak kita saling keep in touch selepas ini?”..Tentu hati lelaki itu rasa bangga dan dalam masa yg sama ‘cair’…hehehehe

15. Jangan asyik muncung di dalam majlis. Nanti orang kata kita sombong. Senyumlah selalu dan mungkin senyuman anda membuat seorang lelaki tertawan! Senyuman adalah sedekah yg paling murah tetapi berharga! Ia mungkin pesona anda yg tersembunyi!

16. Jika anda berada bersama seorg lelaki yg anda minati, anggaplah dia sebagai seorg kawan dan pasti dapat mengurangkan debaran jantung anda apabila berada dekat dengannya.

17. Jangan sesekali meminta lelaki membeli hadiah itu dan ini kepada anda. Contohnya anda mendengar khabar dia akan Perth, Australia. Anda pun sibuk memujuk dia membeli ole-ole mahal dan suara anda yg kasar terus berubah manja. Lelaki tentu menganggap anda seorang ‘gold digger’ atau perempuan materialistik kerana anda sanggup meminta hadiah darinya walaupun anda tiada kaitan dengannya langsung. Lelaki akan lebih menghormati seorang wanita yg tidak meminta-minta. Jika dia mengambil berat tentang diri anda dan menganggap anda seorg yg istimewa, pasti dia akan ingat pada anda dan akan tergerak utk membeli sesuatu utk anda walau anda tidak memintanya. Kejutan seperti ini adalah lebih menyeronokkan. Anda dan dia sama-sama teruja!

18. Lelaki amat suka pada wanita yg berfikiran terbuka dan dapat gelak bersama-sama pada lawak jenaka mereka. Wanita yg mudah tersinggung atau terlalu serius membuat lelaki jadi rimas. Tetapi kita juga perlu ingat setakat mana kita boleh berfikiran terbuka kerana kita bukan seperti orang Barat yg dapat menerima segalanya.

19. Seorang wanita yg pandai bergurau dan memiliki ’sense of humour’ yg tinggi merupakan seorg wanita yg mempesonakan pada pandangan sesetengah lelaki. Seperti wanita, lelaki juga suka dihiburkan dengan cerita-cerita jenaka dan bila wanita dapat membuat seorg lelaki itu ketawa, itu tandanya wanita itu memang mempunyai aura pesona yg tersendiri. Selain lawak jenaka, apa salahnya jika sekali-sekala wanita pula mengusik lelaki dan membuat mereka tersipu malu..(suka tapi malu!) Kadang-kadang gurau senda dan usik-mengusik dapat menjalin hubungan yg lebih mesra.

20. Bila berbual-bual dengan lelaki yg anda minati, jangan asyik bercakap tentang diri anda. Dan jangan membolot perbualan sehingga tiada ruang untuk dia mencelah. Selain itu, terlalu pendiam pula membuat lelaki itu cepat bosan atau kehabisan idea utk berbual-bual dengan anda. Oleh itu berpada-padalah dalam percakapan. Dari segi psikologi, seseorg individu memang suka bercakap-cakap tentang dirinya. Jadi, biarlah dia puas bercakap tentang dirinya dan selepas itu barulah anda bercakap tentang diri anda. Walaupun mungkin dia menceritakan A-Z tentang dirinya, janganlah anda pula beritahu segala-galanya tentang diri anda. Simpanlah sedikit supaya diri anda ada ‘aura’ dan ‘pesona’ misteri.

21. Awas! Jangan sesekali bercakap besar tentang diri anda atau menceritakan segala kenangan indah anda bersama bekas teman lelaki anda. Sejarah silam anda perlu dilipat kemas kecuali dia bertanya bersungguh-sungguh. Itupun berikan secara umum sahaja. Sesetengah lelaki memang suka mengorek atau ingin tahu siapa lelaki-lelaki yg pernah hadir dalam hidup anda. Sekiranya anda bercakap besar dan menceritakan betapa bertuahnya anda pernah bercinta dengan si A dan si B yg hebat, anda tersilap langkah!! Pesona anda bukan semakin naik tetapi semakin menjunam. Walaupun mereka ingin tahu, tiada lelaki yg suka dibanding-bandingkan dengan lelaki yg lain. Mungkin mereka berasa hebat sekiranya dapat memiliki anda yg pernah bercinta dengan orang-orang yg hebat, tetapi perasaan itu hanya sementara sahaja dan selepas itu mereka akan dihantui dengan perasaan cemburu dan syak wasangka terhadap anda.

22. Jika anda terserempak dengan lelaki yang anda minati, ramahkan diri anda menegurnya walau bercakap Hai! Atau senyumlah padanya. Walaupun perkara ini nampak kecil, tetapi lama-lama si dia akan sedar akan kehadiran dan kewujudan anda dan mungkin dia pula yg akan menegur anda dahulu dan mengajak anda minum petang di ‘mapley’ berhampiran pejabat!

23. Jual mahallah sedikit..Jangan nampak seperti kita pula terlebih-lebih mahu mengenalinya. Jika anda dan dia bertukar-tukar nombor telefon, pastikan anda menunggu dia menelefon anda atau menghantar sms kepada anda terlebih dahulu. Wanita yang jinak-jinak merpati memang mempunyai daya pesona yg tinggi dan mencabar lelaki utk memilikinya. Tapi jangan terlebih jual mahal..takut nanti langsung tidak laku..hehehee!! Gunakan ‘common sense’ utk memberi respon yg sewajarnya.

24. Menghormati lelaki. Seperti wanita yg ingin dihormati, lelaki juga begitu malah lebih lagi kerana mereka memiliki ego yg tinggi. Respek amat penting bagi lelaki. Wanita yg tidak menghormatinya atau mengejek-ejek kebolehannya membuat ego mereka tercalar. Oleh itu, hormatilah pendiriannya, kerjayanya, pemikirannya dan impiannya. Dan walaupun anda berasa dia tidak mampu, sekurang-kurangnya berikan dia sokongan utk dia mencapai cita-citanya dan beritahulah padanya bahawa anda percaya akan kebolehan dia. Kata-kata semangat dari anda membuat dia bertambah hormat pada anda. Jadi anda dan dia dapat saling hormat-menghormati. Wanita yang dihormati lelaki adalah wanita yang pasti mempunyai pesona.

25. Peganglah pada janji. Semua orang suka individu yang bersikap jujur dan amanah. Jika kawan lelaki anda menceritakan rahsia peribadinya pada anda, janganlah anda menjaja ceritanya pada org lain utk mendapat tumpuan. Memanglah si penyebar gossip akan popular, tetapi mahukah anda menjadi popular seperti itu? Sekiranya bocor rahsianya sehingga satu pejabat tahu, sudah pasti dia mengesyaki anda sebagai dalangnya. Anda bukan mendapat pesona tetapi kutukan!

26. Dalam perbualan anda dengan kelompok rakan lelaki anda, janganlah asyik berkata tidak tahu apabila ditanya tentang sesuatu. Kalau tak tahu memang wajarlah kata tak tahu tetapi kalau semuanya tak tahu, mereka akan mengganggap anda wanita yg tidak bijak dan susah di bawa ke dalam majlis. Kalau mereka berhasrat ingin berkenalan dengan anda pun, terencat hasrat mereka. Pesona anda hilang! Oleh itu, cuba belajar untuk peka pada persekitaran dan isu-isu semasa supaya anda dapat menyelit dalam perbualan kawan-kawan lelaki anda dan memberikan pendapat bernas bila ditanya. Banyakkan membaca terutamanya suratkhabar! Membaca meluaskan pengetahuan. Jika anda tidak tahu tentang sesuatu perkara, jangan pula malu utk bertanya. Malu bertanya sesat jalan pula…

27. Jika di tempat kerja anda ada majlis anjuran syarikat, apa salahnya menawarkan diri untuk membantu. Apabila anda bekerjasama dalam satu pasukan yg hebat dan kerja yg dihasilkan juga hebat, pasti anda juga akan terkena tempias pujian. Orang akan mengenali anda dan secara tidak langsung meningkatkan pesona diri anda.

28. Begitu juga jika anda ada bakat terpendam. Jangan sia-siakan kerana bakat adalah satu pesona. Anda tidak perlu menjadi penyanyi dan pelakon utk menonjolkan bakat. Jika anda pandai menyanyi, sertailah aktiviti karoeke anjuran tempat kerja anda. Kalau pandai berlakon, sertailah lakonan utk aktiviti hari keluarga anda. Jika anda ada bakat sebagai MC atau pengerusi majlis, tawarkan diri anda untuk mempengerusikan sesuatu majlis yg diadakan. Dengan cara ini, pesona diri anda akan menyerlah dan orang ramai akan lebih mengetahui akan kewujudan anda dalam sesuatu organisasi. Peluang untuk anda mengenali ramai org pun akan lebih cerah.

29. Jika berbual-bual dengan lelaki yg anda minati, pastikan perbualan itu ada topik yg menarik dan tidak hambar. Utk lebih fun and funny, selitkan sedikit game dalam perbualan tersebut. Anna suka tanya soalan macam..” Describe urself in one word” dan entah kenapa trik tu selalu menjadi kerana lelaki2 yg anna tanya tu pasti berfikir panjang dan akhirnya tergelak-gelak semasa memberi jawapan. Jawapan yg diberikan mesti lucu dan ini dapat ‘break the ice’! One point extra!

30. Jika anda pernah berbual-bual dengan seorg lelaki tentang sesuatu perkara, lain kali bila bertemunya tanyalah soalan yg berkaitan dengan perkara tersebut. Contohnya, dia pernah beritahu anda akan menyertai pertandingan menembak. Jadi, tanyalah tentang kejuaraan tersebut. Jika dia menang tempat pertama ’sharp shooter’, ucapkan tahniah kepadanya. Perkara-perkara kecil sebegini dpt memberi makna yg besar.

31. Jangan HIPOKRIT. Jujurlah dengan diri sendiri dan pada org lain. Jangan kerana anda ingin memikat seorang lelaki, anda bersetuju dengan semua kata-katanya. Jika anda benci menonton ESPN, janganlah menipunya dengan mengatakan saluran itu saluran kabel kegemaran anda. Cakap sajalah anda tidak suka menonton bola sepak tetapi tidak bermakna anda tidak mahu mengambil tahu tentangnya. Jika anda benci kucing, janganlah berpura-pura menyayangi kucing jalanan di kaki lima di depannya hanya kerana anda tahu dia amat menyukai kucing.

32. Pikat lelaki dengan masakan. Cubalah risik pada kawan2 lain apakah makanan kegemaran lelaki yg anda minati. Kemudian cubalah memasak makanan tersebut dan bawalah masakan tersebut di pejabat utk dikongsi bersama teman-teman sepejabat dan si dia. Manalah tahu anda menepati ciri-ciri wanita idaman hati! Bagi yang tidak tahu memasak.belajar dari sekarang, masih belum terlambat lg!

33. Jangan sesekali merendah-rendahkan lelaki tentang ketidakmampuannya samada melalui perbuatan atau kata-kata. Contohnya jika kawan lelaki anda tidak mampu membeli kereta, janganlah asyik mengungkit-ungkit tentang ketidakmampuannya atau menyindirnya. Suatu hari nanti mungkin anda terdesak memerlukan pertolongannya dan motor dia juga yg anda tumpang!

34. Lelaki akan lebih respek pada wanita yg menjaga kesopanannya terutama dalam segi pergaulan dan penampilan diri. Wanita yang berpakaian terlalu menjolok mata hanya akan memberi tanggapan pada lelaki bahawa wanita tersebut terlalu bergantung kepada kecantikannya semata-mata utk mendapat perhatian. Jadi, berpakaianlah secara ‘modest’ tetapi ada kelas. Wanita sebegini lebih mempesonakan. Bak kata kawan2 anna pada wanita yg berpakaian sopan..”She’s a lady! Respect her like a lady!”

35. Selalu senyum. Senyuman wanita mampu mencairkan lelaki. Jadi selalunya senyum kepada lelaki yang anda minati

35. Jangan selekeh. Anda tidak perlu membeli pakaian atau alat solek yg mahal utk kelihatan menarik tetapi cukuplah sekiranya anda sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan diri. Walau sibuk mana pun anda, curi masa utk melayan diri anda seperti membasuh rambut, memotong kuku, membuang ‘misai’ jika ada, merawat muka, memakai losyen badan, merawat tumit kaki yg pecah dan sebagainya…Semua ini boleh dilakukan sendiri di rumah. Begitu juga dengan pakaian. Pastikan pakaian anda sentiasa bersih dan bukan dipakai berhari-hari baru basuh. Kebersihan diri anda perlu dijaga.

36. Jika anda meminati seorg lelaki dan dia semacam tahu niat anda utk mendekatinya tetapi malangnya tidak memberi respon atau telah berterus-terang pada anda bahawa dia tidak mahu sebarang hubungan atau komitmen dengan sesiapa pun saat itu, abaikan saja dia..Tidak ada cara utk mengubah pendiriannya itu yg keras seperti batu. Tak perlulah anda mengeluarkan semua pesona diri anda untuk memikatnya. Lupakan dia..dan teruskan kehidupan seperti biasa. Lagipun, anda telah belajar pelbagai tips utk menyerlahkan pesona diri anda dan pasti di luar sana ada banyak lelaki yg lebih menghargai diri anda!!

**banyak sangat TIPS nie,blh ikut ke semua nie?huhuhuuu**