Pages

Sunday, July 11, 2010

JADUAL KELAS SESI JULAI 2010

JADUAL SESI JULAI 2010

Pertemuan I : 10-11 Julai 2010
Pertemuan II : 7-8 Ogos 2010
Pertemuan III : 17-18 September 2010 (Mid-Term)
Pertemuan IV : 9-10 Oktober 2010
Pertemuan V : 9-13 November 2010 (Final)

Kelas pun telah bermula..dan bermulalah hidup aku sebagai Student Yang Berjaya :p
Aku Arap Untuk Sem nie Aku dapat bwat Lebih Baik Dari Sem Lepas, Tapi Kalu Asyik Tido jer dalam Kelas,Macamane Eerk?? :P

With Luv,
Ta'a Razali

Monday, July 5, 2010

MENCARI ATAU MENJADI

Artikel yang menarik untuk menjadi tatapan semua:

MENCARI ATAU MENJADI?

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

With Luv,
Ta'a Razali

LELAKI...

KASIH manusia sering bermusim,sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi,
Sayang Tuhan janji-Nya pasti.
  • Kuat agamanya

Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

  • Baik akhlaknya

Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

  • Tegas mempertahankan maruah

Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

  • Amanah

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

  • Pemurah tetapi tidak boros

Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

  • Tidak liar matanya

Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

  • Terbatas pergaulan

Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

  • Rakan pergaulannya

Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

  • Bertanggungjawab

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

  • Tenang wajah

Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Bagi aku,cukuplah lelaki itu Beragama, Berharta, Keturunan Yang baik Dan Sedap Mata memandang Seperti yang disyaratkan dalam Islam. Yang pastinya lelaki itu dapat melindungi aku dan anak-anak aku dan memri didikan secukupnya. Menghormati kedua ibu bapaku dan dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan sewaktu mula lafaz nikah. Aku adalah amanah Tuhan yang diberikan untuk dilindungi dan dicintai.

Kadang-kadang aku pun banyak buat salah dan bukan yang terbaik untuk pasangan masing-masing tapi aku cuba memberikan yang terbaik untuk seorang suami dan ibu kepada anak-anak bagi sebuah keluarga bahagia.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya

With Luv,
Ta'a Razali

WAKTU BERLALU..

Cepat sungguh masa berlalu..pejam celik,pejam celik dah 6 bulan berlalu dalam Tahun 2010 ini. Alhamdullillah walaupun agak pantas masa berlalu tapi segala kerja dan tanggungjawab yang telah diberikan di atas dunia ini dapat dibuat dengan baik sekali walaupun kadang-kadang agak tak mampu untuk ditanggung. Itulah namanya ujian,dalam idup nie pasti ada ujian yang diberikan cuma mampu atau tidak jer untuk melaksanakan semua itu.

Aku cuba muhasabah diri sendiri, mengenai pencapaianku sendiri sepanjang enam bulan pertama ini. Ada yang membanggakan tetapi tidak kurang juga yang kurang memuaskan. Tetapi tidak mengapa, apa-apa yang kurang memberangsangkan itu, aku ambil sebagai pengajaran.

Ada juga beberapa kisah peribadi yang tidak kurang menjejaskan emosi sepanjang enam bulan pertama ini. Terutamanya pastilah pasal xbf ku itu. Rasanya aku dapat melakukan satu keputusan yang terbaik untuk diri aku. Aku yakin, Jika itu yang terbaik untuk aku, aku perlu redha. Mungkin jodoh kami hanya untuk sementara. Apa pun aku tetap berdoa yang terbaik untuk dia. Dalam keburukkan pasti ada kebaikkannya juga betol tak?
Pelajaran aku untuk sem lepas tidak berapa baik dan aku berharap aku lebih banyak berusaha untuk memperbaiki pointer aku. Kerja diopis alhamdullilah aku dapat laksanakan dengan baik.

Oh ya, aku dengar khabar angin; akan ada rombakan kecil di syarikat. Sudah lama juga rasa-rasanya pejabat sunyi daripada gosip. Berita-berita begini kadangkala buat aku letih sedikit. Rombakan, baik kecil atau besar – memang perkara biasa di mana-mana pun. Adat bekerja, memang beginilah. Asal terus dapat bekerja, tidak dibuang kerja, tidak dikurangkan gaji – itu sudah cukup baik; kata kawan-kawan. Betullah kan?
tapi aku agak sunyi selepas nie sebab ramai pegawai dan kawan-kawan akan berpindah. Memang agaknya aku nie akan duduk di bahagian yang banyak rombakan.
Apa pun, aku bermohon yang terbaik untuk diri sendiri!!
-Amin-

With Luv,
Ta'a Razali

DEMAM BOLA..

Sekarang nie musim bola..Orang cakap "Demam Bola", termasuk lah adik beradik ku. Last Week balik kampung pun sampai pukul 5 pagi rumah bising sebab bersorakkan bola. Hampir terkejut aku dibuatnya sampai tak dapat nak melelapkan mata. Adik bongsu ku memang dah lama terlelap tapi terbangun juga bila sorakkan kuat ahli keluarga ku terlalu kuat. Mama ku yang tak sangka-sangka minat bola pun turut bangun dan memberikan sorakkan pada pemain-pemain bola.

Kadang-kadang tertawa aku sorang-sorang bila terdengar sorakan dari ahli keluargaku. Ayah dan adik no-2 aku pun terjerit-jerit "Bola!Bola!"...hmm ikut koranglah janji jangan sampai aku tak boleh nak tido.

Di Opis nie,jangan cakaplah..ari-ari german lah,ape lah..Biaselah lelaki bila cakap pasal bola sumenye nak menyampuk..tapi yang pasti takde sorang pun yang ponteng kerja gara-gara bola.

Kadang-kadang terpikir jugak aku,kalau lah aku dapat laki yang kaki bola mesti melenting aku dibuatnye. Mana taknye,tiap-tiap malam ke kedai mamak tengok bola. Aku suke lelaki yang pandai main bola tapi aku tak suke laki yang tinggalkan family semata-mata nak melepakkan kedai mamak sampai pagi. Apakah??? Tapi aku pun tak boleh nak komen lebih-lebih takut ape yang aku tak nak bende tue lah yang aku dapat...Harap aku dapat berjumpa dengan lelaki yang bertanggungjawab dan dapat bagi komitmen sepenuhnya pada keluarga -Amin-

p/s : Tak suke-tak suke bola pun still sokong argentina,ok? :p