SELAMAT TINGGAL UNTUK KISAH SEMALAM...2011
SELAMAT DATANG UNTUK KISAH BARU....2012
SELAMAT DATANG UNTUK KISAH BARU....2012
Hanya tinggal 4 hari lagi sebelum tirai 2011 dilabuhkan. Saya kira ini posting saya yang terakhir untuk tahun ini memandangkan graf mood saya sangatlah merundum di saat ini. Saya tak tahu di mana saya dipenghujung tahun ini kerana saya akan menghabiskan sisa hujung tahun nie utk bercuti panjang...
2011, terlalu banyak dugaan yang saya hadapi. Saat ini tiada apa yang saya mampu lafazkan selain dari rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah kerana dianugerahkan kecekalan ini walau kadangkala saya terasa lemah sangat-sangat untuk bertahan. Terima kasih tak terhingga buat keluarga dan kawan-kawan (anda sendiri tahu siapa anda) yang tidak putus-putus memberi semangat ketika dan saat aku menitiskan air mata untuk menghadapi kemungkinan di dalam hidup.saat aku terjatuh,saat aku ditindas dan saat aku dianiaya oleh orang2 yang tidak sepatutnya.Tidak lupa juga pada 'Papa' yang selalu bersama aku disaat aku gembira dan disaat aku terjatuh.amat sedih sekali disaat papa terjatuh aku x mampu berbuat apa2 tetapi aku mampu mendoakan beliau setiap ari semoga kebahgiaan akan menjadi miliknya satu hari nanti.Aku percaya dan yakin dengan karma.satu hari nanti pasti akan ada balasan untuk org menganiaya orang lain.Taa mendoakan semoga papa tabah dan taa tau papa mampu menghadapinya.Taa nak jadi macam papa.doakankejayaan taa yer.Terima Kasih semua.
Kisah hati yang tragis; bercinta tidak semestinya memiliki. Inilah yang saya belajar sepanjang tahun 2011 ini. Bertahun bertemankannya, bertahun juga memegang status kekasih orang bukan jaminan untuk mengakhirinya dengan ikatan yang sah. Seharusnya saya tidak membuka pekung di dadakan? Tetapi inilah keputusan yang saya ambil kerana saya dah tak larat nak menjawab persoalan dari teman-teman. Biarlah ianya berakhir di sini, cukup2lah bertanya kerana betapa sedihnya saya tiap kali diajukan soalan yang sama. Jangan nak salahkan ikatan yang terjalin kerana kita harus sedar hidup-mati-jodoh-pertemuan semuanya telah tercatat. Kita hanya mampu merancang, Allah lebih mengetahui mana yang terbaik. Kita sebagai manusia, belajarlah untuk pasrah dan redha dengan apa jua yang berlaku. Buat dia, saya tetap mendoakan yang terbaik dan untuk diri saya sendiri hanya doa yang mampu dititipkan agar dipertemukan dengan seseorang yang mencintai saya kerana Allah bukan kerana siapa saya atau apa yang saya miliki.

Sepanjang tahun ini juga, kesihatan saya amat-amatlah merosot. Saya kira hospital dan klinik dah menjadi rumah kedua buat saya. Selagi terhembus nafas ini, selagi itulah Allah akan menguji kita. Ini bahagian saya; walaupun payah, walaupun perit, walaupun terseksa hanya Allah yang tahu jawapannya untuk setiap dugaan yang diberikan kepada saya. Jika sakit ini mampu membasuh dosa-dosa saya serta mampu membasuh jiwa saya yang lemah ini, ya saya terima. Parut yang kekal hingga ke hari ini moga akan menjadi satu tanda untuk saya terus bermuhasabah di bumi Allah ini…(Mungkin ini disebabkan stress dan terlalu memikirkan masalah cinta tidak kesampaian)
Persahabatan, emm apa yang kita faham mengenainya? Sepanjang tahun ini, persahabatan saya sentiasa diuji; sentiasa ada pasang dan surutnya. Pada saya, dalam berkawan perlu ada sikap 'give and take' dan saling menghormati antara satu sama lain. Kawan yang baik adalah apabila mana mampu menyedarkan kita dengan setiap perangai buruk kita dan bukan hanya mampu berada di sisi kita saat susah dan senang. Saya hilang beberapa orang teman tetapi dalam masa yang sama Allah anugerahkan saya teman-teman yang terbaik. Alhamdulillah.Dan waktu-waktu saya perlu mengenali siapa saya mereka2 inilah yang menegurkan. Terima kasih tak terhingga buat kalian.
2011 membawa lembaran baru buat saya. Langkah kaki saya tidak terhenti di sini. Alhamdulillah, Allah bukakan pintu rezeki untuk saya terus mengembara mencari diri di bumi indah ciptaan-Nya ini. Alhamdulillah, saya sedar family saya adalah segalanya buat saya dan saya tidak bersedia untuk menghadapi saat-saat kehilangan mereka. Mak, ayah, adik-adik; merekalah nyawa saya. Merekalah semangat saya. Merekalah kehidupan saya. Buat teman-teman yang ada sepanjang trip ini, terima kasih banyak-banyak untuk 'pelajaran' yang diberikan.
Kebahagiaan- Pastinya semua mengharapkan kebahgiaan,begitu juga saya yang sentiasa mengharapkan kebahgiaan di hadapan saya walaupun terpakse merangkak untuk mencapai kebahgiaan itu.Melihat kawan-kawan pastinya saya sendiri tertanya2 bilakah masa yang sesuai untuk saya.Saya sentiasa berdoa dan mengharapkan kejayaan itu menjadi milik saya.Saya juga yakin insyaallah masih banyak lagi yang baik-baik telah disediakan untuk saya di masa depan. Dan yang paling baik ialah apabila Allah menghadiahkan hati yang SABAR dan SYUKUR. Sungguh SABAR dan SYUKUR itu indah. Ya Allah, bantulah aku menjadi hamba-Mu yang penyabar dan bersyukur sepanjang hayatku.. Amiin Ya Mujib...InsyaAllah.
Kerjaya - Saya sentiasa mengharapkan yang terbaik di dalam kerjaya saya Sebagai Setiausaha Pejabat kepada boss.Sebagai rakan sekerja yang baik kepada teman-teman pejabat.InsyaAllah kalau ada rezki tahun depan saya akan apply ke jawatan yg lebih tinggi.Doa ibu bapa,keluarga,teman-teman tetap menjadi keutamaan saya....InsyaAllah..jika benar itu rezki saya,pastinya perkara itu mudah bagi saya...Harapan 2012
Tiada yang lebih baik yang saya impikan dari ingin menjadi yang lebih baik dari 2011. I'Allah jika Allah masih meminjamkan nyawa ini buat saya. Family tetap menjadi keutamaan saya. Untuk masa depan, I'Allah saya cuba mencapai apa yang saya impikan.Menghabiskan pengajian saya yang masih berbaki.Dan cuba apply ke gred yang lebih tinggi,jika ada rezeki.InsyaAllah...menunggu masa untuk direalisasikan...
Kebahagiaan- Pastinya semua mengharapkan kebahgiaan,begitu juga saya yang sentiasa mengharapkan kebahgiaan di hadapan saya walaupun terpakse merangkak untuk mencapai kebahgiaan itu.Melihat kawan-kawan pastinya saya sendiri tertanya2 bilakah masa yang sesuai untuk saya.Saya sentiasa berdoa dan mengharapkan kejayaan itu menjadi milik saya.Saya juga yakin insyaallah masih banyak lagi yang baik-baik telah disediakan untuk saya di masa depan. Dan yang paling baik ialah apabila Allah menghadiahkan hati yang SABAR dan SYUKUR. Sungguh SABAR dan SYUKUR itu indah. Ya Allah, bantulah aku menjadi hamba-Mu yang penyabar dan bersyukur sepanjang hayatku.. Amiin Ya Mujib...InsyaAllah.
Hubungan - Pastinya saya mengharapkan satu pengakhiran di dalam hubungan saya.Menemui seseorang yang sentiasa bersama saya disaat susah dan senang.Bersama seseorang yang sentiasa memimpin saya menuju ke jalan Allah..Yang sentiasa menyayangi saya dan menjaga saya dengan baik.InsyaAllah....
Semoga 2012 membawa sejuta kerahmatan buat kita semua dan jadikan kegagalan 2011 sebagai satu pengajaran buat kita semua.Buka buku baru tutup buku lama.
Insyaallah kita akan sambung di artikel yang akan datang...All the best untuk semua.Bai **sambil lambai tangan**
**Terlalu banyak untuk dicoretkan,coret sikit2 je..Azam tahun baru,nak kawin cepat...ok la nnti sambung lg**
Luv,
Ta'a Razali
0 comments:
Post a Comment