Pages

Wednesday, December 28, 2011

Perkara2 Yg XPatut Korang Buat Bila Bergaduh Dgn Kekasih...

1-Bila bergaduh, jangan mendiamkan diri dengan kekasih. At least, cukup sekadar ucap selamat dan hai

Berdiam diri akan mengundang tafsiran yang berbagai macam dalam kepala otak pasangan kita. Bagaimana kalau pasangan kita memikirkan yang kita sudah membenci dia dan dia mengambil keputusan yang bakal membuatkan korang sama-sama menyesal?

Berdiam diri juga membuka ruang kepada para penyibuk "nasi tambah sepinggan RM1.00" untuk meng kucar kacirkan lagi hubungan yang sudah sedia huru hara itu

Lg 1,kalau dah dua2 diam,sampai bila nk settle kan

Say no to silent treatment!

2-Jgn defend diri sendiri gila2,kalau la kita mmg betul pun

biar je la dia menang,lg2 kalau lelaki,,sbb laki mmg ego

xyah la question apa2 yg dia buat,,llet it be..let it be.

3-Jgn pujuk excessively,,pujuk slow2,,

pujuk dia kalau dia masih mengada2 lagi..bkn pmp jek yg mnja,
lelaki pon sama,, nmpk je ganas tp manja ya rabbi.

4-Jangan terlalu mengalah. Nanti pasangan anda naik lemak

Mengalah untuk kebaikan masa depan?????????
Lupakan saja frasa idealistik tu.
Jangan jadi bodoh. Menjatuhkan keegoan kita tu seumpama memberi candu pada pasangan kita. Dia akan seronok untuk memaksa kita menurunkan ego di masa-masa akan datang.

5-Jangan dok kerja saling perli memerli atau Serkap Jarang

tu nambah sakit ati jer,,terus terang jer apa yg terbuku kat hati

6-Jangan campak hp

sapa yg rugi?????korang jugak,,

Kesimpulannya:-

Adakah pergaduhan itu untuk mencari siapa menang dan siapa kalah? Sudah pasti tidak. Kalau kedua-duanya terluka, mana mungkin itu dipanggil sebagai kemenangan,,betul tak??

Berilah peluang pada pasangan untuk menjelaskan apa yang terbuku di hatinya

Jangan terlalu cepat untuk membuat kesimpulan.Dengarkan baik-baik apa yang ingin disampaikan

Secara logiknya, bila satu pasangan tu betul-betul menyintai antara satu sama lain, apakah mereka sanggup melukakan sesama mereka? Sudah pasti tidak.
Ku mengenalmu lewat JIWA,, bukan lewat MATA

Luv,
Ta'a Razali

Tuesday, December 27, 2011

SELAMAT TINGGAL UNTUK KENANGAN SEMALAM...SELAMAT DATANG UNTUK KISAH BARU..

SELAMAT TINGGAL UNTUK KISAH SEMALAM...2011
SELAMAT DATANG UNTUK KISAH BARU....2012

Hanya tinggal 4 hari lagi sebelum tirai 2011 dilabuhkan. Saya kira ini posting saya yang terakhir untuk tahun ini memandangkan graf mood saya sangatlah merundum di saat ini. Saya tak tahu di mana saya dipenghujung tahun ini kerana saya akan menghabiskan sisa hujung tahun nie utk bercuti panjang...

2011, terlalu banyak dugaan yang saya hadapi. Saat ini tiada apa yang saya mampu lafazkan selain dari rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah kerana dianugerahkan kecekalan ini walau kadangkala saya terasa lemah sangat-sangat untuk bertahan. Terima kasih tak terhingga buat keluarga dan kawan-kawan (anda sendiri tahu siapa anda) yang tidak putus-putus memberi semangat ketika dan saat aku menitiskan air mata untuk menghadapi kemungkinan di dalam hidup.saat aku terjatuh,saat aku ditindas dan saat aku dianiaya oleh orang2 yang tidak sepatutnya.Tidak lupa juga pada 'Papa' yang selalu bersama aku disaat aku gembira dan disaat aku terjatuh.amat sedih sekali disaat papa terjatuh aku x mampu berbuat apa2 tetapi aku mampu mendoakan beliau setiap ari semoga kebahgiaan akan menjadi miliknya satu hari nanti.Aku percaya dan yakin dengan karma.satu hari nanti pasti akan ada balasan untuk org menganiaya orang lain.Taa mendoakan semoga papa tabah dan taa tau papa mampu menghadapinya.Taa nak jadi macam papa.doakankejayaan taa yer.Terima Kasih semua.

Kisah hati yang tragis; bercinta tidak semestinya memiliki. Inilah yang saya belajar sepanjang tahun 2011 ini. Bertahun bertemankannya, bertahun juga memegang status kekasih orang bukan jaminan untuk mengakhirinya dengan ikatan yang sah. Seharusnya saya tidak membuka pekung di dadakan? Tetapi inilah keputusan yang saya ambil kerana saya dah tak larat nak menjawab persoalan dari teman-teman. Biarlah ianya berakhir di sini, cukup2lah bertanya kerana betapa sedihnya saya tiap kali diajukan soalan yang sama. Jangan nak salahkan ikatan yang terjalin kerana kita harus sedar hidup-mati-jodoh-pertemuan semuanya telah tercatat. Kita hanya mampu merancang, Allah lebih mengetahui mana yang terbaik. Kita sebagai manusia, belajarlah untuk pasrah dan redha dengan apa jua yang berlaku. Buat dia, saya tetap mendoakan yang terbaik dan untuk diri saya sendiri hanya doa yang mampu dititipkan agar dipertemukan dengan seseorang yang mencintai saya kerana Allah bukan kerana siapa saya atau apa yang saya miliki.

Sepanjang tahun ini juga, kesihatan saya amat-amatlah merosot. Saya kira hospital dan klinik dah menjadi rumah kedua buat saya. Selagi terhembus nafas ini, selagi itulah Allah akan menguji kita. Ini bahagian saya; walaupun payah, walaupun perit, walaupun terseksa hanya Allah yang tahu jawapannya untuk setiap dugaan yang diberikan kepada saya. Jika sakit ini mampu membasuh dosa-dosa saya serta mampu membasuh jiwa saya yang lemah ini, ya saya terima. Parut yang kekal hingga ke hari ini moga akan menjadi satu tanda untuk saya terus bermuhasabah di bumi Allah ini…(Mungkin ini disebabkan stress dan terlalu memikirkan masalah cinta tidak kesampaian)

Persahabatan, emm apa yang kita faham mengenainya? Sepanjang tahun ini, persahabatan saya sentiasa diuji; sentiasa ada pasang dan surutnya. Pada saya, dalam berkawan perlu ada sikap 'give and take' dan saling menghormati antara satu sama lain. Kawan yang baik adalah apabila mana mampu menyedarkan kita dengan setiap perangai buruk kita dan bukan hanya mampu berada di sisi kita saat susah dan senang. Saya hilang beberapa orang teman tetapi dalam masa yang sama Allah anugerahkan saya teman-teman yang terbaik. Alhamdulillah.Dan waktu-waktu saya perlu mengenali siapa saya mereka2 inilah yang menegurkan. Terima kasih tak terhingga buat kalian.

2011 membawa lembaran baru buat saya. Langkah kaki saya tidak terhenti di sini. Alhamdulillah, Allah bukakan pintu rezeki untuk saya terus mengembara mencari diri di bumi indah ciptaan-Nya ini. Alhamdulillah, saya sedar family saya adalah segalanya buat saya dan saya tidak bersedia untuk menghadapi saat-saat kehilangan mereka. Mak, ayah, adik-adik; merekalah nyawa saya. Merekalah semangat saya. Merekalah kehidupan saya. Buat teman-teman yang ada sepanjang trip ini, terima kasih banyak-banyak untuk 'pelajaran' yang diberikan.

Harapan 2012

Tiada yang lebih baik yang saya impikan dari ingin menjadi yang lebih baik dari 2011. I'Allah jika Allah masih meminjamkan nyawa ini buat saya. Family tetap menjadi keutamaan saya. Untuk masa depan, I'Allah saya cuba mencapai apa yang saya impikan.Menghabiskan pengajian saya yang masih berbaki.Dan cuba apply ke gred yang lebih tinggi,jika ada rezeki.InsyaAllah...menunggu masa untuk direalisasikan...

Kebahagiaan- Pastinya semua mengharapkan kebahgiaan,begitu juga saya yang sentiasa mengharapkan kebahgiaan di hadapan saya walaupun terpakse merangkak untuk mencapai kebahgiaan itu.Melihat kawan-kawan pastinya saya sendiri tertanya2 bilakah masa yang sesuai untuk saya.Saya sentiasa berdoa dan mengharapkan kejayaan itu menjadi milik saya.Saya juga yakin insyaallah masih banyak lagi yang baik-baik telah disediakan untuk saya di masa depan. Dan yang paling baik ialah apabila Allah menghadiahkan hati yang SABAR dan SYUKUR. Sungguh SABAR dan SYUKUR itu indah. Ya Allah, bantulah aku menjadi hamba-Mu yang penyabar dan bersyukur sepanjang hayatku.. Amiin Ya Mujib...InsyaAllah.

Kerjaya - Saya sentiasa mengharapkan yang terbaik di dalam kerjaya saya Sebagai Setiausaha Pejabat kepada boss.Sebagai rakan sekerja yang baik kepada teman-teman pejabat.InsyaAllah kalau ada rezki tahun depan saya akan apply ke jawatan yg lebih tinggi.Doa ibu bapa,keluarga,teman-teman tetap menjadi keutamaan saya....InsyaAllah..jika benar itu rezki saya,pastinya perkara itu mudah bagi saya...

Hubungan - Pastinya saya mengharapkan satu pengakhiran di dalam hubungan saya.Menemui seseorang yang sentiasa bersama saya disaat susah dan senang.Bersama seseorang yang sentiasa memimpin saya menuju ke jalan Allah..Yang sentiasa menyayangi saya dan menjaga saya dengan baik.InsyaAllah....

Semoga 2012 membawa sejuta kerahmatan buat kita semua dan jadikan kegagalan 2011 sebagai satu pengajaran buat kita semua.Buka buku baru tutup buku lama.

Insyaallah kita akan sambung di artikel yang akan datang...All the best untuk semua.Bai **sambil lambai tangan**
**Salesgirl tesenyum tepi kawasan opis**

**Terlalu banyak untuk dicoretkan,coret sikit2 je..Azam tahun baru,nak kawin cepat...ok la nnti sambung lg**

Luv,
Ta'a Razali

Friday, December 23, 2011

TENTANG NURUL NAJLAA.....

Nie kawan aku,Nurul Najlaa..tapi panggilan die Intan.so aku just panggil die 'In' je...Macam aku gak la nama sedap gile (sedap ke) tapi panggil taa je.Taa pun sedap pe.jarang ada org nama Ta'a tau.Actually senang je nak bezakan org yg baru kenal aku n org yg dah rapat dgn aku sbb org yang baru kenal aku mst panggil aku Mardihah tp org yg rapat dengan aku mst panggil aku Ta'a.Actually aku sendiri pun kekok bila org panggil aku Mardihah.yelah dah org sekeliling,mak ayah adik beradik nenek opah tok kawan2 cikgu lecturer adik abang akak sume panggil aku Ta'a.tak ke org panggil nama penuh aku,aku pelik.Pernah gak la org yg br kenal aku panggil aku Mardihah aku bwat xtau je.sbb aku tak perasan.yelah.kan jarang org panggil nama betul aku.Padan muka tue la sape suh panggil nama betul aku,aku dah bg nama sesingkat giler nak gak panggil nama panjang aku.kan dah aku bwat xtau..sian...

Eh,kat sini aku pun nak cite psl nama yg aku cute tue.aku nak cite pasal kawan aku In,cutekan In nie...tapi sape pun xtau ape yg dia hadapi.mungkin org lain tgk wanita yg cantik dan cute nie takkan sangka dgn apa yg dia hadapi skg.tapi die seorg yg tabah tau.aku xtau aku mampu menjadi setabah die atau x.tp bg aku die seorg yg sangat tabah.sebab dia mampu berdiri dan membawa anak dalam kandungan dia seorg diri tanpa bantuan seorg lelaki pun kecuali ayah dan adik2 dia.Macam tak percayakan?tapi itulah hakikatnya.Kalu aku,mungkin aku dah meroyan,mungkin aku dah xmampu nak tangung semua bende nie sorang diri.

Apatah lagi membawa status ***** kesana kesini.orang sekeliling mengata dan yg paling sedih bawak kandungan kesana sini seorg diri dalam usia yg terlalu muda.Kalu la Tuhan bg UJIAN tue kat aku,comfirm,aku mmg xblh nak handle sorang2.sbb tue aku cakap dia Tabah,Dia Kuat,Dia Mampu menghadapi bende nie sorang2.Tapi dalam hati sape yg tau kan.

Bila aku sedih sbb aku break dgn x-bf aku dl,In sll pesan kat aku, "Kalau aku boleh,nape ko xblh taa?aku lg banyak Tuhan uji aku.terpaksa bawak status ***** diusia yg muda.mengandung sorang2 dan kat Putrajaya sorang2 dgn keadaan mcmni"......betul ape ko ckp In,kalu ko blh nape aku xblh?aku masih muda lg.masih single dan tak bawak status pepe lg.xde anak pun lg..nape aku rasa aku down?

Tuhan bg ko ujian lg teruk.tapi ko mampu hadapi.Kalu aku,mungkin dah x mampu.dalam keadaan skg yg dah xde tempat bergantung pun aku xmampu.Sbb aku lemah..Sebab aku tak terdaya dan tak setabah ko....

Beb,aku arap ko bahgia bersama anak ko.Baby boy tue...Allah anugerahkan pada ko sbb Dia nak anak ko jaga ko nanti.Tgk,Allah tue Maha Adilkan,sorang laki dah tinggalkan ko tp Dia gantikan dengan sorang laki baru dlm idup ko.iaitu anak ko.Aku arap ko jaga anak ko baik2 tau dan baby jaga mummy baik2 tau.sian mummy kandungkan kamu 9bulan sorang2 tanpa daddy kamu.so kamu kene hargai pengorbanan mummy kamu tue.

Bestnye ade baby~~Aku kepingan nak baby,menemani aku kat sini.tp aku xnk ada bapak die blh x?ahak~~~~

**In,ko memang wanita hebat.Aku arap semoga ko tabah menghadapi hari2 yang mendatang dan aku arap aku mampu menjadi wanita setabah ko.Igt Idola Ko Nora Danish tau =p**

Luv,
Ta'a Razali

Thursday, December 22, 2011

Saudaraku,

Ketika engkau merasa sakit yang menusuk hingga ke hatimu sehingga air...matamu tidak mampu untuk kau bendung.

Maka, menangislah..

Biarlah sakit itu menjadi penawar akan dosa-dosamu.

Menangislah memohon ampun pada Nya karena mungkin selama ini engkau jauh dari Nya

Jika engkau disakiti oleh seseorang...

Maka ikhlaskanlah, meskipun sulit tapi engkau pasti boleh melakukannya...

InsyaAllah...See More
Alhamdulillah... Silalah tag diri masing2 dan rakan2 kalian di gambar2 ini... Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat serta redha Ilahi...

**InsyaAllah... Amiin ya rabal alaminnn.... ^____^♥**

Luv,
Ta'a Razali

Sunday, December 18, 2011

INFO : JELEBO

OK,arini aku blajar nama satu binatang yang baru iaitu 'JELEBO'.Actually aku xpenah dengar pun nama 'JELEBO' nie sbb sll aku dengar JELEBU Negeri Sembilan je.Tu pun Nama tempat.sO tetibe tadi Tuan MrBig Azman Shah,tuan kat JPJ Ipoh nie tagged kat FB aku psl JELEBO nie.TQ Tuan sbb ajar satu nama baru.Tp nak tergelak gak aku dongar name natang nie.tp malu pun ade sbb aku org Perak tapi tak penah lak dengar name natang nie.ok Lah,kat sini aku nak share dengan korang serba sedikit pasal natang nie.

"Jelebo dikatakan sejenis hidupan air yang tinggal di dalam air la...
beliau dikatakan sukar dijumpai
ia dikatakan mempunyai saiz sekitar 2kaki hingga sebesar bot sayong.
bentuknya menyerupai kura2 yaknie menyerupai ninja turtle
tetapi beliau dikatakan tidak boleh berkata2 yaknie seperti ninja turtle,
walaubagaimana pon banyak mitos dan versi cerita berlainan yang telah disampaikan turun temurun. ade yang mengatakan tangan nye berbentuk seperti penyepit yaknie seperti ketam australia,ada pula yang mengatakan beliau adalah makluk halus, dan ader juga yang mengatakan dagingnya sedap dimasak gulai tempoyak kerana beliau gemar memakan ikan."

banyak sangat mitosnye.tapi yang pastinye Tuan MrBig Azman Shah cakap,selagi tak guruh,kalu jelebo nie gigit,tak dilepasnye.atoooiii~~~takutnye.arap2 aku tak jumpa la natang nie.huhuhuuuu

Luv,
Ta'a Razali

Friday, December 16, 2011

Bila kita sayang orang tu
Kita terima je apa yg orang tu kata
Tapi bila dia kata kat kita?
Hati kata takpe manusia tak perfect..

... Bila kita sayang orang tu
Kita tunggu dia lame pun takpe
Tapi bila dia tunggu kita dia marah-marah,
Hati kata ala adatlah,
ada yang menununggu & ditunggu..

Bila kita sayang orang tu
Kita tak tidor pun takpe,
Layan dia yg tengah bosan,
Tapi bila kita bosan ada dia layan kita?
Hati kata takpe dia busy kot..

Bila kita sayang orang tu
Kita gadoh dengan dia, kita diam je
Tapi dia heboh 1 dunia
Hati kata takpe, dia tension tu..

Bila kita sayang orang tu
Kita call nak cakap ngan dia
Tapi dia bagi phone kat orang laen
Bila jadi camtu, takpe
Hati kata, takpe, layan je, kawan dia, kawan kita gak..

Bila kita sayang orang tu
Kita bercerita dgn dia, ibarat cerita ngan tunggul lagi baik
Tapi bila dia bercerita ngan kita
Kita dengar, sepatah-sepatah kite ingat
Hati kata takpe sayang la katakan..

Bila kita sayang orang tu
Kita dan dia lapar
Tapi kita bagi sume roti kita kat dia
Hati kata, ala jagalah hati dia, sian dia..

Bila kita sayang orang tu
Kita sanggup bagi dia rest bila dia letih,
Tapi bila kita letih, dia suruh jugak kita layan dia bila dia bosan
Adil ker macam tu?
Hati kata, ala bukan selalu pun..

Bila kita sayang orang tu
Kita jadi cam orang gila apabila dengar dia sakit,
Tp bila kita tengah sakit,
Dia siap kuar ngan kawan-kawan dia meraikan hari kesakitan kita,
Hati kata, ala takpe, tak kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam..

Bila kita sayang orang tu
Kita tak pernah pentingkan diri sendiri
Tapi dia hipokrit tahap gaban
Hati kata takpe, dia memang camtu kene lah terima..

Bila kita sayang orang tu
Kita tak sanggup tengok dia derita
Tapi dia tak pernah hargai diri kita,
Hati kata, tau tak betapa kita sayangkan dia??

Bila kita sayang orang tu
Kita sanggup tinggalkan dia selama-lamanya
Untuk dia bahagia
Tapi adakah dia tahu pengorbanan yang kita lakukan itu??
Luv,
Ta'a Razali

Thursday, December 15, 2011

15 FAKTA TENTANG SENYUM =)

1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

6. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

9. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

11. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

13. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.

14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

15. Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
Senyumlah dari hati.
Duniamu berseri.

Senyum umpama titian dalam kehidupan.
Kau tersenyum, ku tersenyum.
Kemesraan menguntum.

Senyum kepada semua.
Senyumanmu amatlah berharga.
Senyum membahagiakan.
DENGAN SENYUMAN, TERJALINLAH IKATAN.

**SENYUM MACAM SAYA YER**

Luv,
Ta'a Razali

Tuesday, December 13, 2011

EDISI:KENAPA PEREMPUAN SUKA PINK

Salam.

Macam biasa, masuk je hari Rabu memang tak sabar2 nak Jumaat. Tp nak bwat mcmane tanggungjawab didalam kehidupan.Bukan aku seorang je, semua pun sama untuk meneruskan kehidupan masing3. Masing3 punya kerja, masing3 punya tanggungjawab. Singgah sekejap di blog bagi melepaskan tekanan yang memuncak dalam diri haha.

Soklan Cepu emas untuk pengunjung/pembaca blog aku. Kenapa yea kebanyakkan orang perempuan suka sangat warna pink? Bukan mahu kondem cuma jiwa remajaku meronta-ronta nak tahu. Pelik semua benda nak warna pink. Tapi bagus jugak! Aku suka sangat2 warna pink nie sebenarnye dan aku suke sangat2 tengok perempuan pakai pink nie haha..Comel gitu?? Kalu laki tu toksah la. Se 'metroseksual' mana pun ko..aku tetap pandang semacam haha.Tapi aku suke ape laki pakai warna pink!Comel dan gOjes!!

Antara sebab yang aku terpikir kenapa perempuan suka warna Pink??
  1. Dari kecik lagi, mak bapak bagi semua benda warna pink. Dari pakaian sampai le ke alatan sekolah, mainan semua nak pink..Barbie yang patung pink tu wajib le ada! Manusia memang secara betulnya takut akan perubahan, jadi sampai ke besar secara automatiknya akan suka warna pink! Tapi bagus untuk lelaki dapat isteri camni sebab boleh beli apa sahaja selagi warna pink ahak! **Nie noted utk bakal laki aku**
  2. Sebab majoriti perempuan suka warna pink. Kira macam ikut trend la. Mana boleh kalah! Kalau member dia ada handset warna pink! Dia kena la ada laptop pink gitu haha. Lagipun memang lumrah manusia nak ikut apa yang orang lain buat kan huhu. Aku pun selalu camtu, anggukan je la apa yan orang lain buat atau cakap. lalala~
  3. Aku suke pink sebab warna yang sangat ceria dan sangat cun bila aku pakai.Ahaks!!!Sebab maybe sesuai dengan kulit aku dan perangai aku yang keanak2kan nie kot.Nampak manja,ceria,soft dan paling penting nampak gLemer. hikss~~
  4. Ok sejak dari dulu memang aku suke pink dan now labtop pink,Purse Pink,HP Pink,Baju kurung ke opis kebanyakkan pink,Baju Jalan Pink,Kalau beli sabun,Berus gigi Ofcoz aku pilih warna Pink!Yang Paling best SCOOTER aku masih Pink dan masih berTeddyBear!!Pink Tetap dihati,ok!!
OK! takat nie dulu lah aku mengomel pasal warna PINK nie!Ade sebab2 Lain ke erk?Maybe masing2 ade sebab tertentu kot.Ape pun PINK tetap Pilihan aku..hehhehe

**Tak sabar nak cat kaLer kete warne Pink..Wing~~Wing~~**

Luv,
Ta'a Razali

AdOiiiyy La gigi nie~~~

12 Disember 2011 (12.12.2011)
Hospital Putrajaya

12.12.2011 (tarikh dah cun dah) aku ade a/ment dgn sopital Putrajaya a.k.a Pakar Bedah Mulut pasal gigi bOngsu aku yang suke meroyan nie.So dah 6kali aku ulang alik utk tahun nie,aku minta Doktor Klinik Pergigian Ospital Putrajaya kuarkan surat utk Operate GG Bongsu aku nie.

Bila surat dah kuar n aku dah pilih tarikh cun utk operate gg aku.Aku pun dengan semangat berkobar2 siap seminggu tahan perut nak makan mcm2 sbb xnk bengkak gusi smp aku operate.Aku pun g la Ospital.Dah sampai Ospital aku igt bende dah settle.Operate pastu settle la...Rupenye Tak settle2 lagi..Yang paling aku xleh bLah nye...Die suh aku x-ray untuk mengesahkan aku nie pregnant ke x....adoiiii la~~~~dah tentu2 status aku bujang.Then kalu die xcaye gak,aku xkisah pun die nak x-ray tapi mshlahnye SEL-SEL BADAN aku MATI camtu je...Sbb bende2 yang tak munasabah.

Aku siap tanye kat Abg n Akak yang x-ray aku tue, kalau nak operate gg memang kene x-ray satu badan ke...Abg n akak kat situ pun jawab dengan sopan,doktor suruh kami bwat je...haiyaaaa~~~~pelik..pelik.....

Actually aku xkisah pun kalu die nak x-ray sbb mmg perut aku xde isi.tp masalahnye buang masa aku,sbb aku kene bukak barang2 yg ade kat badan aku,nak kene pakai baju die lg n yang tak leh blahnye sel badan aku abis mati.Oiii~~~igt senang ke nak bg sel dalam badan nie idup balik.aku nie dah la tak makan kerang,tak makan itu,tak makan ini.kalu settle takpe,nie tak settle2 gak pd hari tue....aiyooooo~~~~

Oklah, pas dah x-ray aku hope sgt la operate cepat gg aku nie..rupe2nye belum settle lagi...doktor suh aku masuk wad plak bulan 1 nie...siap cerita kat aku mcmane cara2 nak masuk wad.Smp aku tanye doktor tue,nak kene tido ospital ke?sbb aku nie penakut.takut nak tdo ospital2 nie....doktor cakap perlu sbb nak operate keempat2 gigi geraham aku..aiyoooo~~~pening....pening...pulak....

Ok,nampak gayenye aku kene la masuk wad pastu baru operate keempat2 gigi geraham aku.Tapi mak aku cam tak bg je aku operate kat ospital nie.die suh aku g Klinik swasta kat ipoh nanti.Aku siap cakap kat doktor tue,aku dah g klinik swasta Presint 8 nie..tp Sebelah gigi die cas RM800..kalu dua2 belah dah rm1600...sebulan gaji aku tue bai~~~abis dalam sebulan tue aku nak makan pe??makan pasir ke??sape nak bayar duit kete aku??doktor tue ke??nak suh laki..laki pun xde...aaayyyyoooo~~~~pening..pening...sbb tue aku bertahan n arap ospital gov.Tapi kalu camni nampak gayenye aku kene gak balik kmpg n operate kat kampung je..mane tau kat kampung murah skit.hiksss~~~~

Aku bukan kedekut.Tapi kalu dah sebelah rm800,sebelah rm800..rm1600 tue..aku nie N27 je,bukannye JUSA C..kalu JUSA C aku anytime je....hissshhh~~~~

Oklah,aku dah tak sabar2 nak tunggu krismas nie..sbb aku nak operate kesemua gigi yang bikin aku susah n aku malas nak beratur lame2 kat ospital lg...

Semalam gusi kiri mule dah berdenyut2..hisshh dah start la tue.nasib baik ade ubat tahan sakit+antibiotik..Tapi takkan ari2 aku nak bertahan dengan ubat.Ubat tue dadah wei~~~jangan main2 tau...cepatLah krismas,aku nak balik Kampung nie!!!nak Operate gigi!!

**Rindu Mak.Rindu Adik.Nak Balik Kmpg.CepatLah Masa Berlalu.Plssssss...**

Luv,
Ta'a Razali

Sunday, December 11, 2011

JIKA ALLAH....

Jika ALLAH Tidak Memberimu Seseorang yang Kamu Impikan,
Semoga DIA Menghadirkan seseorang yang memimpikanmu.

Bila ALLAH tak memberimu seseorang yang kamu rindukan,
Semoga DIA Menghadirkan Sesorang yang merindukanmu.

Bila ALLAH tak Memberimu Seseorang yang Kamu Dambakan,
Semoga DIA Memberimu seseorang yang Mendambakanmu.

Bila ALLAH tak Menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai
Semoga DIA Menghadirkan seseorang yang mencintaimu-InsyaALLAH~~~

**pesan pada diri~Sabar yer sayang...**

Luv,
Ta'a Razali

Saturday, December 10, 2011

MASALAH DALAM PROSES GIGI GERAHAM BONGSU

Salam semua,

Disebabkan aku tengah mengalami sakit gusi yang amat sangat. So, aku google skit tentang geraham bongsu nih. Entri kali ni aku nak ceritakan skit lah pasal Gigi Geraham Bongsu. Mesti antara korang nih pernah berpengalaman dalam proses pertumbuhan gigi nih kan?. Bagi yang tak tahu tu meh kat sini aku ceritakan serba sedikit apa yang berlaku bila gigi tu tumbuh.

Latar belakangWisdom Tooth
Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada usia sekitar 18-30 tahun. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.

Apakah komplikasi gigi bongsu terimpak?
Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
  • Kesakitan
  • Jangkitan
  • Kebengkakan
  • Penyakit gusi
  • Nafas berbau
  • Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
  • Kesukaran membuka mulut
Bila anda perlu berjumpa doktor pergigian?
Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:
  • Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
  • Kebengkakan muka
  • Kesukaran untuk menelan
  • Kesukaran membuka mulut
  • Demam
Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan?
Dapatkan rawatan secepat mungkin.
Anda boleh mencuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
  • Makan ubat penahan sakit.
  • Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam.
  • Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
  • Hisap ketulan air batu supaya gusi menjadi kebas.

Sumber : http://www.infosihat.gov.my/

Actually Esok aku ade operate gigi bongsu nie.Dah lame giler aku bwat a/ment dgn Ospital Putrajaya nie.tue pun sbb aku dah meroyan tahap gaban dah kat doktor kat klinik gigi tue..kalau tak confirm smp ke sudah die tak nak bwat operate kat gg aku nie.Bukan aku xnk operate kat klinik private.Tapi kalau dah sebelah smp rm600-rm800,dah separuh gaji aku baik la aku betahan skit.Maklum la kat putrajaya nie manade yang murah.Dia igt aku nie JUSA C agaknye cas operate gigi bongsu sampai rm800 sebelah.Dah la aku nak bwat dua2 belah.Aku arap semuanya berjalan dengan baik dan jayanya esok.Amin.

**Aku arap sgt la PM baca entry aku nie.biar die tau betapa susahnye kakitangan awam yang tak mampu nak sara diri bila tgh sakit dan tak dpt nak ke ospital/klinik private.Terpakse menahan sakit.Mane tau boleh naik gaji skit lg-berangan ^_^ **

Luv,
Ta'a Razali

Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

**Berkobar2 nak tunggu esOk**

Luv,
Ta'a Razali

Tuesday, December 6, 2011

***_**_**_***

Sesungguhnya percintaan itu amat mudah,
namun pengertian cinta itu amat dalam maknanya.
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi,
cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.
Di mana ada cinta di situ ada kehidupan,
manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. ~Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan,
dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Melihat kebahagiaan orang yang dicintai adalah satu kebahagiaan buat diri kita juga walaupun hanya mampu dipandang dari jauh.
Terputus cinta memang menyedihkan.
Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa.
Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua.

**kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.~Disaat Aku MencintaiMu...**

With Luv,
Ta'a Razali

KEKASIHKU WARGA NIGERIA..RATAH TUBUHKU....

**Kat sini aku nak share skit pasal kisah Kekasihku Warga Nigeria..Bukan kekasih aku tau.nnti salah paham plak,mule la msg aku tanye bukan2..actually aku jmp topik nie dalam blog Abg Mazidul 999.Tak salahkan aku nak share..SHARING IS CARING :) **

"Kekasih ku warga Nigeria, ratahlah tubuh ku"

Berapa ramaikah antara gadis tempatan berbangsa Melayu sanggup berkata begitu? Barangkali tidak terlalu ramai tetapi tidak bererti tiada.

Warga Nigeria sebelum ini terbabit dalam pelbagai kes jenayah. Terbaru, berlaku pada malam 4 Disember lalu dan akibatnya penjenayah berusia 31 tahun terbabit ditembak mati oleh polis, klik di sini untuk butiran lengkap kejadian.

Kejadian di Mantin, Negeri Sembilan, membabitkan tindakan liar warga Nigeria sekali lagi menarik perhatian saya.

Akhbar Harian Metro melaporkan berita berikut.

'Seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta dicekup dalam keadaan separuh bogel bersama teman lelaki warga Nigeria dalam bilik di tingkat lima sebuah apartmen yang disewa dan dikongsi mereka bersama sekumpulan lelaki warga Afrika, awal pagi semalam'

Wow! Kekah jangan tidak kekah.

Lagi pun gadis itu masih muda, berusia lingkungan 20 an, bertenaga dan bernafsu muda.

Laporan lengkap, sila baca di sini.

Gambar di bawah saya rakamkan sewaktu menyertai operasi bersama pasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.

'No money, no honey,' moto utama penjenayah warga Afrika.

Juga di Mantin, lelaki warga Afrika dilaporkan mengamuk dan mencederakan penguatkuasa Jabatan Imigresen.

Baca di sini.

Saya percaya gadis terbabit tidak berpeluang membaca nukilan saya berhubung kegiatan jenayah warga Afrika di Malaysia.

Justeru saya senaraikan kembali di bawah untuk bacaan semua.

Kepada gadis Melayu, bukalah mata kasar dan mata hati, usah terperangkap dengan kata-kata manis sebilangan warga Afrika.

Sudah diperdaya, di tipu dan kemudian tubuh diratah pula.

**Sumber daripada bLog "http://www.mazidulakma.com".Kalu aku dah tak lalu kOt..tgk muke pun...hisssshhh~~~susah nak ckp**

Luv,
Ta'a Razali

Monday, December 5, 2011

OMBAK RINDU....

Sekarang nie musim Ombak Rindu..Macam Tsunami dah aku tengok sejak Ombak Rindu nie keluar..hehehee Tempat duduk pun asyik full je...Actually aku sendiri pun tak tengok lagi..Orang cakap best giler..Jangan sampai jadi gile dah la yer....Ok lah,kat sini aku nak cite skit sinopsis Ombak Rindu nie..Even aku tak tengok lagi tp aku ade gak la research blog2 org..Menjengah sambil cedok ilmu skit2..hikhihkikk

Sinopsis Filem Ombak Rindu
Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.

Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :

Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu

Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :

Tuhan aku tahu banyak dosa ku

Hanya ingat

Kamu kala duka ku

Namun hanya

Kamu yang mampu membuka

Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :

Malam kau bawalah rinduku

Untuk dirinya yang jauh dari ku

Agar dia tidak kesepian

Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :

Hujan bawa air mata ku

Yang mengalir membasuh luka ku

Agar dia tahu ku terseksa

Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :

Hanya mampu terserah

Moga cahaya di penanti

Hafiz:

Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya

Adira:

Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu

Hidup tanpa dia di sisi ku

Luv,

Ta'a Razali

Mau Aku tak Meroyan~~~~

Ari ahad lepas gigi aku nie memang betul2 la buat hal..

Dengan sakit tekak,tetibe je aku bangun2 tido sakit tekak

nasib la time tue cuti..Kalu tak mau kememey nye aku nie..

G opis pun muke cam mati laki je...

Tapi yang paling bestnye nangis gak aku kan..

mengenangkan nasib sorang2 kat sini

Yela dulu ramai la kawan2 yang boleh tengok2kan or ade dgn aku

skg nie kawan2 yang berstatus BUJANG dah pupus

so tinggal aku n beberapa kerat lagi jela

yang beberapa kerat pun dah sibuk bz balik kampung

ade yang keluar dating sbb skg tgh musim "Ombak Rindu"

nasib la ade mak aku yang 24jam asyik menelefon aku

sbb isaukan aku...

Kadang-kadang aku rase cam nak balik perak je

nak minta tukar kat sane..

tapi siang2 lagi JPA dah bgtau ipoh memang xde kosong

nak tunggu berkurun la

tetambah sejak dah nak ke skim pencen 60tahun nie

mau bile aku dah kerepot baru la aku dapat tukar Ipoh...

hissshhhh~~~~pening..pening...

Aku sebenarnye takde la kisah sangat dok Putrajaya nie

tapi bile sakit2, bile demam2 aku mule la meracau

menangis siang malam sebab nak mak aku...

Yela kat sini akn xde sape nak tgk2kan aku..

sorang2 je..agaknye kalau aku mati, seminggu belum tentu orang jmp mayat aku

minta2 la dijauhkan~~~~

Ape boleh bwat pengorbanan keje kan

tuntutan kerja dan hidup nak tak nak terpakse gak la

aku keje kat sini...

Ahad tue satu ari aku menangis sbb

sakit tekak+sakit gusi+gusi ebrdarah+selsema+demam

kire satu Pakej la penyakit aku nie.

Nie baru Pakej A...belum pake B, pakej C lg..

Tak sabar2 aku ank tunggu 12hb nie..

Aku nak operate gigi aku nie..

skg nie aku tengah berjaga2 bab makan sbb tkt kang tersalah mkn kang

bengkak lagi gusi aku nie...

kalu bengkak tak gune la aku penat2 buat appoinment kat ospital...

sabar yer gigi..bertahan skit je lg...

**Semoga dipermudahkan urusan.Amin**

Luv,
Ta'a Razali

1 DISEMBER 2011

Lambatnye aku nak wish kat diri sendiri...

Sebab lately BZ dan penyakit "M" aku dah dtg...

tue yang Asyik M**** je tue....

Nak nak skg nie gigi bongsu dah start meroyan balik so

aku pun ape lagi meroyan la same...hihihihiii

Dah 3-4 Ari nie asyik demam je..sampai gusi berdarah2 dibuatnye..

tapi bile check kat klinik, die cakap tue normal..

sO aku eyr kan jela..

nasib baik la ade kawan yang keje as a doktor...

so Ubat2 sume free jela..tu

even free pun xdpt mententeramkan gigi aku yang asyik nak bermanje nie jer..

Sabar jela~~~~

**3-4ari nie gusi bengkak+selsema+sakit tekak..Semuanye dalam 1 pakej**