Menyusuli “SERIBU KALI CINTA”, slot AKASIA bakal menayangkan sebuah lagi siri drama romantis, TIRAMISU lakonan hebat Sharifah Amani, Pierre Andre, Tania Hudson, Zain Ruffedge dan Sheila Mambo mulai 27 Disember 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30petang.
TIRAMISU mengisahkan Melur (Sharifah Amani) dan Dani (Pierre Andre) yang telah berkawan rapat semasa belajar di sekolah terpaksa berpisah apabila Dani memilih untuk menyambung belajar di luar negara.
Mereka berjanji bahawa sekiranya masih bujang pada usia 28 tahun, mereka akan berkahwin. Melur dan Dani berhubung menerusi emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing. Namun, takdir telah menemukan semula Melur dan Dani. Masih adakah perasaan cinta dalam hati mereka?
Tak sabar-sabar nak tengok citer nie.Kul 7 mlm jer mesti menghadap citer nie. Rase mcm nak gigit jer Mia yang comel tue!!
Hope ending citer nie bukan ending yang menyedihkan, mesti happy ending ok?
Jodoh ketentuan Tuhan, walaupun dengan sape kita kawan, bertahun lama kita mencintai seseorang,sejauh mane kita pergi...Kalau dia tetap jodoh kita,sampai bila-bila pun dia tetap jodoh kita. Teruskan mencintai jika tidak menyakiti hati dan diri sendiri :)
With Luv,
Ta'a Razali
0 comments:
Post a Comment