Pages

Tuesday, October 26, 2010

JADILAH SEHEBAT CIK SITI WAN KEMBANG

Sememangnya Cik Siti Wan Kembang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan keseluruhannya, namun dia juga adalah kebanggaan kita semua. Dalam sekian ramai raja lelaki yang pernah memerintah di negara kita, khususnya di Kelantan, hanya nama Cik Siti Wan Kembang yang meniti dari bibir ke bibir, dari dulu hingga kini dan saya percaya hingga selamanya.

Buku “Detik-detik Sejarah Kelantan” karangan Sa’ad Shukri Haji Muda menceritakan Cik Siti Wan Kembang memerintah Kelantan bermula pada 1610 dan bersemayam di Gunung Chinta Wangsa di Ulu Kelantan (40 kilometer ke arah tenggara Kuala Krai).

Dia adalah anak kepada Sultan Ahmad (1548-1580M) dengan Che Banun atau Puteri Seri Nara Raja. Semasa pemerintahannya, rakyat amat menyukainya dan kerajaannya masyhur. Ramai pedagang termasuk orang Arab berniaga di situ.

Nama asalnya ialah Wan Kembang namun pedagang Arab memanggilnya sebagai Paduka Che Siti. Siti merupakan panggilan tuan bagi perempuan. Ada juga yang menyifatkan wanita yang bergelar siti melambangkan seorang wanita yang kaya sifat kewanitaannya.

Cik Siti Wan Kembang banyak menerima pinangan namun dia menolaknya kerana lebih suka hidup berseorangan. Bimbang penolakan itu mengundang murka, baginda berpindah ke Cherang Tegayong. Di sana, dia membina tempat yang dinamakan Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong.

Sejarah mengatakan, kerana tidak mempunyai pewaris takhta, Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong anak kepada Raja Loyor daripada keturunan Raja Sakti (Raja Jembal) yang memerintah di Jembal, satu tempat di negeri Kelantan sebagai anak angkat.

Puteri Saadong atau Mariam amat terkenal dengan kecantikan rupa parasnya. Cik Siti Wan Kembang juga digambarkan sebagai seorang yang perkasa dan pendekar. Pada masa yang sama, baginda begitu kuat berpegang kepada agama. Juga berjiwa halus dan berhati suci serta berbudi luhur.

Ibnu Battutah dalam catatan pengembaraannya mengatakan ada seorang raja perempuan beragama Islam bernama Urduga di Kuala Krai (dalam catatan disebut Kilu Krai). Raja perempuan itu pandai menunggang kuda, memanah dan pandai menulis tulisan Arab. Sesetengah sumber mengatakan Urduga ialah Cik Siti Wan Kembang.

Mulia dan masyhurNah! Sekarang lihatlah betapa hebatnya wanita yang namanya meniti di mulut setiap orang. Apabila orang bercakap tentang Kelantan mereka mengaitkannya dengan Cik Siti Wan Kembang dan demikian sebaliknya.

Itu membuktikan betapa mulia dan masyhurnya baginda. Dia diingat-ingati dari dulu hingga sekarang serta disinonimkan pula dengan para wanita Kelantan, selalunya gigih, rajin berdagang, aktif serta cantik.

Apabila orang bercakap tentang wanita Kelantan orang mengaitkannya dengan peribadi Cik Siti Wan Kembang dan apabila orang bercakap tentang beliau, wanita Kelantan mengikut di belakang.

Satu yang menjadi persoalan ialah mengapa dia tidak ingin berkahwin, sedangkan dia seorang wanita yang jelita bahkan seorang raja? Jika dilihat antara sebab-sebabnya sebagaimana yang dicatatkan oleh pengkaji-pengkaji dahulu, mereka mengatakan raja perempuan ini lebih mahu mendekatkan diri kepada Allah sebagaimana Rabiatul Adawiyah, wali wanita yang sangat terkenal itu.

Andai begitulah alasannya, ia adalah sesuatu yang sangat baik untuk dijadikan ikutan terutama oleh mereka yang memang tiada rasa lagi hendak berkahwin. Ramai wanita dalam status yang ‘tidak pasti’ adalah baik sekiranya merubah niat berbanding terus berteka-teki atau terus mengharap pada keadaan yang tidak pasti.
Berkahwin itu baik untuk mereka yang benar-benar bersedia untuknya serta ada niat untuk menjadikan perkahwinan syurga sebelum ke syurga sebenar. Namun andainya jodoh tiada kesampaian,mencintai Allah sepenuh jiwa adalah keutamaan.

"Andai wanita boleh sehebat Cik Siti Wan Kembang,
ia adalah anugerah termanis buat kita semua
Selain dia dikatakan wanita yang jelita
juga berbudi luhur serta bijaksana"
With Luv,
Ta'a Razali
**dipetik daripada majalah mingguan wanita

0 comments: