Pages

Friday, October 29, 2010

SEJAK AKHIR-AKHIR NIE.....

Sejak Akhir-akhir nie...

Selalu jer sakit kepala n demam..
Selalu jer rase malas nak bangun g keje...
Selalu jer rase nak kuar dari kesibukkan kota..
Selalu jer rase nak nangis..

Sejak Akhir-Akhir nie...

Selalu tengok website/blog yang menjual tudung dan blouse
Selalu singgah kat kedai tudung dan 'usha' blouse
Selalu jer rase nak makan banyak
Selalu jer cepat kecik ati...

Bila pikir-pikir balik

Mungkin faktor umur yang semakin dewasa...
Mungkin terlalu stress dengan kerja dan sekeliling...
Mungkin mahu lari dari segala masalah...
Mungkin terase sebak bile terlalu banyak berdosa pada Allah...

Mungkin dah terase dan tak sabar nak pakai tudung...
Mungkin nak padankan dengan bj dan tudung yang bersesuaian..
Mungkin stress sebab tue makan banyak...
Mungkin sebab dah takde sape yg nak jaga ati nie...

With Luv,
Ta'a Razali

BERGANTI HATI

BERGANTI HATI - ANGGUN

Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga

Reff:
Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa)
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hati

Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

Back to Reff:
Kini ku sadari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang tlah pergi
Harus berganti hati

Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti

OMG~~~

Actually dari bulan lepas aku ade 'usha' satu beg nie..aku suke sangat beg tue coz warne die sesuai dengan sume pakaian yang aku. dan senang nak padan dengan bj. design die mmg nampak cool n nampak simple jer. aku tak tau la nape sekarang nie aku tergila-gilakan beg tue..blh nangis kalu tak dapat. Tak sempat nak amik/snap pic beg tue coz kalu aku g jer parkson alamanda tue aku mst sedih coz smp sekarang tak dapat nak kebas beg tue.

Dulu2 aku ade sorang BFF tau, die cakap die cabar aku pakai dari atas rmbut smp ujung kaki jenama GUESS. dulu kalu g alamanda jer mst aku dengan die masuk butik GUESS but now aku g 'usha' sorang2 jer. siankan kat aku??
Sempat jugak sekali sekala aku bukak website GUESS,sj tengok ape yang terbaru..
yelah,nak pakai COACH n dll tak mampu lagi..nak tunggu jadi pegawai (tue pun kalu takde komitmen lain) mmg lmbt la so pakai jela GUESS....~~

nie website GUESS www.guess.com

Selain beg aku ade lagi satu bende yang memang aku nak sangat2 sejak kemunculan dihp nie..HP C3, adesss pantang ade pink mst aku nak sambar...

Bile la aku nak dapat pakai beg GUESS n HP Pink nie..
Owh rase nak nangis jer nie~~~

p/s : Harap2 ape yang aku nak nie dapat~~
Susah betul jadi perempuan nie,mcm2 nak kene bli
Tapi aku bangga jer jadi perempuan dapat merasa pakai mcm2~~

With Luv,
Ta'a Razali

Tuesday, October 26, 2010

I HAVE A DREAM~~

Tak lama lagi dah nak exam..kemudian dah nak masuk sem baru, terasa cepat masa berlalu dan terasa cepat umurku berganjak ke usia yang lebih tua. Kadang-kadang terasa bagus jugak masa berjalan dengan cepat sebab bagi aku hanya masa yang akan mengubah dan menentukan kehidupan ini, maksudnye setiap hari akan ade jer hal yang berlaku..(sedar tak sedar dah hampir ke ujung tahun)

Tahun depan pastinya macam-macam impian yang aku impikan tapi ape pun "study" adalah perkara utama yang aku harus letakkan sebabnye aku dah separuh jalan study so mestilah aku kene habiskan study aku dengan baik sekali.

Sekarang nie dalam idup aku yang paling penting aku habiskan study aku dulu. Bukan mudah nak mencapai sesuatu impian, mujurlah mak aku sangat memahami aku.

kesihatan tak brape baik sebab dah mula terasa demam (nak dekat exam ni)
hope tak makin melarat la demam aku nie. Selalunye kalu demam "terkejut" camni hampir seminggu gak aku kene bertahan.

Sebut pasal "terkejut", sudah pastinya aku dah pernah melalui demam nie.
Semoga aku tabah mengharungi segala dugaan yang diberikan~Amin~

"Siapalah aku untuk menolak takdir yang telah ditentukan Tuhan
Apa yang terjadi aku perlu teruskan hidup walapun sakit dan perit
Aku dah lama pasrah dan redha dengan ketentuan-Nya"

With Luv,
~Ta'a Razali~

JADILAH SEHEBAT CIK SITI WAN KEMBANG

Sememangnya Cik Siti Wan Kembang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan keseluruhannya, namun dia juga adalah kebanggaan kita semua. Dalam sekian ramai raja lelaki yang pernah memerintah di negara kita, khususnya di Kelantan, hanya nama Cik Siti Wan Kembang yang meniti dari bibir ke bibir, dari dulu hingga kini dan saya percaya hingga selamanya.

Buku “Detik-detik Sejarah Kelantan” karangan Sa’ad Shukri Haji Muda menceritakan Cik Siti Wan Kembang memerintah Kelantan bermula pada 1610 dan bersemayam di Gunung Chinta Wangsa di Ulu Kelantan (40 kilometer ke arah tenggara Kuala Krai).

Dia adalah anak kepada Sultan Ahmad (1548-1580M) dengan Che Banun atau Puteri Seri Nara Raja. Semasa pemerintahannya, rakyat amat menyukainya dan kerajaannya masyhur. Ramai pedagang termasuk orang Arab berniaga di situ.

Nama asalnya ialah Wan Kembang namun pedagang Arab memanggilnya sebagai Paduka Che Siti. Siti merupakan panggilan tuan bagi perempuan. Ada juga yang menyifatkan wanita yang bergelar siti melambangkan seorang wanita yang kaya sifat kewanitaannya.

Cik Siti Wan Kembang banyak menerima pinangan namun dia menolaknya kerana lebih suka hidup berseorangan. Bimbang penolakan itu mengundang murka, baginda berpindah ke Cherang Tegayong. Di sana, dia membina tempat yang dinamakan Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong.

Sejarah mengatakan, kerana tidak mempunyai pewaris takhta, Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong anak kepada Raja Loyor daripada keturunan Raja Sakti (Raja Jembal) yang memerintah di Jembal, satu tempat di negeri Kelantan sebagai anak angkat.

Puteri Saadong atau Mariam amat terkenal dengan kecantikan rupa parasnya. Cik Siti Wan Kembang juga digambarkan sebagai seorang yang perkasa dan pendekar. Pada masa yang sama, baginda begitu kuat berpegang kepada agama. Juga berjiwa halus dan berhati suci serta berbudi luhur.

Ibnu Battutah dalam catatan pengembaraannya mengatakan ada seorang raja perempuan beragama Islam bernama Urduga di Kuala Krai (dalam catatan disebut Kilu Krai). Raja perempuan itu pandai menunggang kuda, memanah dan pandai menulis tulisan Arab. Sesetengah sumber mengatakan Urduga ialah Cik Siti Wan Kembang.

Mulia dan masyhurNah! Sekarang lihatlah betapa hebatnya wanita yang namanya meniti di mulut setiap orang. Apabila orang bercakap tentang Kelantan mereka mengaitkannya dengan Cik Siti Wan Kembang dan demikian sebaliknya.

Itu membuktikan betapa mulia dan masyhurnya baginda. Dia diingat-ingati dari dulu hingga sekarang serta disinonimkan pula dengan para wanita Kelantan, selalunya gigih, rajin berdagang, aktif serta cantik.

Apabila orang bercakap tentang wanita Kelantan orang mengaitkannya dengan peribadi Cik Siti Wan Kembang dan apabila orang bercakap tentang beliau, wanita Kelantan mengikut di belakang.

Satu yang menjadi persoalan ialah mengapa dia tidak ingin berkahwin, sedangkan dia seorang wanita yang jelita bahkan seorang raja? Jika dilihat antara sebab-sebabnya sebagaimana yang dicatatkan oleh pengkaji-pengkaji dahulu, mereka mengatakan raja perempuan ini lebih mahu mendekatkan diri kepada Allah sebagaimana Rabiatul Adawiyah, wali wanita yang sangat terkenal itu.

Andai begitulah alasannya, ia adalah sesuatu yang sangat baik untuk dijadikan ikutan terutama oleh mereka yang memang tiada rasa lagi hendak berkahwin. Ramai wanita dalam status yang ‘tidak pasti’ adalah baik sekiranya merubah niat berbanding terus berteka-teki atau terus mengharap pada keadaan yang tidak pasti.
Berkahwin itu baik untuk mereka yang benar-benar bersedia untuknya serta ada niat untuk menjadikan perkahwinan syurga sebelum ke syurga sebenar. Namun andainya jodoh tiada kesampaian,mencintai Allah sepenuh jiwa adalah keutamaan.

"Andai wanita boleh sehebat Cik Siti Wan Kembang,
ia adalah anugerah termanis buat kita semua
Selain dia dikatakan wanita yang jelita
juga berbudi luhur serta bijaksana"
With Luv,
Ta'a Razali
**dipetik daripada majalah mingguan wanita

Sunday, October 17, 2010

BUAT KAUM ADAM...

Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.

Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.

Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.

Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.

Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.

Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.

Kau diberi amanah untuk mendidik aku.

Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.

Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahan kami, kami ditindas, dibunuh, diperkosa & bermacam-macam lagi bentuk penyiksaan terhadap kami kaum hawa.

Dimana perginya keadilanmu?

Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?

Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku? Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.

Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.

Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.

Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.

Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.

Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.

Maafkan aku sekali lagi Adam...

Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.

Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.

Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.

Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...

Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...

Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...

Ikhlas dari Hawa abad ini..
-------------------------------------

"Jika kita tidak disibukkan dengan urusan kebaikkan, nescaya kita akan disibukkan dengan urusan kebatilan." - Hassan Al-Basri
With Luv,
Ta'a Razali

DIMANAKAH CANTIKNYA WANITA

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

With Luv,
Ta'a Razali

BERTUDUNG BIARLAH IKUT SYARIAT BUKAN ADAT

sejak akhir-akhir nie,aku suke bace artikel mengenai bertudung,dan lain-lain lagi..
Puas saya mencari artikel nie, n lastly dapat gak artikel nie..harap anda hayati eaaa, terima kasih sebab prihatin terhadap pemakaian tudung saya..saya hargai =))

Bertudung atau Berfesyen?

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.

Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.

Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.

Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung.
Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung..

Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan.

Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna.

Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya.

Juga ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik.

Malah labuci warna-warni dijahit pula di atasnya.

Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita.

Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya.

Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri.

Sombong makin bertambah, lalu jalan mendabik dada.

Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.

Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan.

Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia.

Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.

Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang.

Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki.

Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas.

Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya.

Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini.

Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.

Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung.

Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

"sy cume bagitau je.. "

p/s : -aku wanita biasa-

With Luv,
Ta'a Razali

Monday, October 4, 2010

~AKU DAN SESUATU~

Macamane nak mulekan erk..sejak akhir-akhir nie,aku dah mule terase sesuatu yang luar biase dalam idup aku, erkkk actually aku sejak akhir-akhir nie lebih suke dengan gaya aku bertudung,lebih santai n rileks~~paling best,aku rase macam senang jer n menjimatkan mase kalu nak kuar,tak yah nak sibuk sikat-sikat n fesyenkan rambut. Kalu pakai tudung just sarung jer n menjimatkan mase. Oklah,sekarang nie tue azam aku tahun baru nie n niat aku. Hope dipermudahkan segalanya ~AMIN~

2ndly, aku rase sekarang nie aku nak kurangkan aktiviti luar aku,maksud aku bukannyer berpoye-poye, aku nak kurangkan aktiviti "entertainment" aku. Actually memang la aku minat dengan entertainment tapi kadang-kadang letih sangat sebab terpakse manage mase n terkejar sane-sini. Oklah,aku buat jer takat mane yang mampu. tapi kawan-kawan aku sume persoalkan aku,nape tahun depan?nape tak esok jer?

Saje jer aku snap pic aku pakai tudung. Aku rs aku nak belilah banyak2 tudung. senang n menjimatkan mase =))

Nie time aku g Open house umah member opis Lela, saje snap pic dengan si comel nie. Budak-budak opis aku sume cakap aku dah gemok~~ isk~~ gemok ke aku? tapi memang sejak akhir-akhir nie aku kuat makan. Aku kisah ape, aku gemok ke aku kurus ke janji aku senang ati. Time aku susah ati sekarang ade korang kisah pasal aku?? xde pun kan. Even kadang-kadang tensen gak aku memikirkan berat badan aku tapi aku still pikir yang "badan aku,ikut suke aku ar nak macamane pun" yang penting aku appy sebab time aku susah takde sape pun yang nak tolong aku =D

"PEACE NO WAR"

p/s : Idup aku,Jodoh aku,Ajal aku,sedih aku, gembira aku biar Allah jer yang tentukan