Pages

Monday, July 5, 2010

WAKTU BERLALU..

Cepat sungguh masa berlalu..pejam celik,pejam celik dah 6 bulan berlalu dalam Tahun 2010 ini. Alhamdullillah walaupun agak pantas masa berlalu tapi segala kerja dan tanggungjawab yang telah diberikan di atas dunia ini dapat dibuat dengan baik sekali walaupun kadang-kadang agak tak mampu untuk ditanggung. Itulah namanya ujian,dalam idup nie pasti ada ujian yang diberikan cuma mampu atau tidak jer untuk melaksanakan semua itu.

Aku cuba muhasabah diri sendiri, mengenai pencapaianku sendiri sepanjang enam bulan pertama ini. Ada yang membanggakan tetapi tidak kurang juga yang kurang memuaskan. Tetapi tidak mengapa, apa-apa yang kurang memberangsangkan itu, aku ambil sebagai pengajaran.

Ada juga beberapa kisah peribadi yang tidak kurang menjejaskan emosi sepanjang enam bulan pertama ini. Terutamanya pastilah pasal xbf ku itu. Rasanya aku dapat melakukan satu keputusan yang terbaik untuk diri aku. Aku yakin, Jika itu yang terbaik untuk aku, aku perlu redha. Mungkin jodoh kami hanya untuk sementara. Apa pun aku tetap berdoa yang terbaik untuk dia. Dalam keburukkan pasti ada kebaikkannya juga betol tak?
Pelajaran aku untuk sem lepas tidak berapa baik dan aku berharap aku lebih banyak berusaha untuk memperbaiki pointer aku. Kerja diopis alhamdullilah aku dapat laksanakan dengan baik.

Oh ya, aku dengar khabar angin; akan ada rombakan kecil di syarikat. Sudah lama juga rasa-rasanya pejabat sunyi daripada gosip. Berita-berita begini kadangkala buat aku letih sedikit. Rombakan, baik kecil atau besar – memang perkara biasa di mana-mana pun. Adat bekerja, memang beginilah. Asal terus dapat bekerja, tidak dibuang kerja, tidak dikurangkan gaji – itu sudah cukup baik; kata kawan-kawan. Betullah kan?
tapi aku agak sunyi selepas nie sebab ramai pegawai dan kawan-kawan akan berpindah. Memang agaknya aku nie akan duduk di bahagian yang banyak rombakan.
Apa pun, aku bermohon yang terbaik untuk diri sendiri!!
-Amin-

With Luv,
Ta'a Razali

0 comments: