Pages

Wednesday, December 29, 2010

SELAMAT TINGGAL 2010,WELCOME 2011

Cepatnye masa berlalu!!!
Rase macam cepat jer masa berlalu,sampai dah bertanda seru hehehehee + _+
Banyak impian n cita-cita yang masih belum tercapai
Malam nie nak kene senaraikan tunggakan cita-cita yang belum tercapai

Penutup Akhir Tahun nie,ade bukak booth di Pameran Pengantin, Shah Alam. Jemput Datang eaaa kawan-kawan.

IMPIAN kali nie,
Semoga semuanya dipermudahkan. Bak kata Tuan Azmi "KEJAYAAN MESTI SEIRING DENGAN JODOH"
InsyaAllah~~

Eh2...Lupe nak citer... :p
Baru-Baru nie ade g audition, semua yg datang semuanya berbakat dan hebat2
Tak mengharap, yang penting usaha.Kalau dapat itu dinamakan "Rezeki"

To All My Friends,
Semoga Kejayaan Mengiringi Kalian Di Tahun Baru Yang Akan Datang, 2011

With Luv,
Ta'a Razali

Tuesday, December 14, 2010

RUTIN HARIAN SAYA

RUTIN HARIAN SAYA

Tibe-tibe rase nak tulis pasal rutin harian saya. Kalu nak tulis lagi banyak nanti sambung entry yang lain plak.hehehehee =D
** 6.30 pg - 7.30 pg = Bgn tido dan bersiap-siap ke Opis (Selalunye bangun tak tentu masa sbb ssh nak bangun pagi :p)
** 7.45 pg = Sampai opis dan check E-mail Pengarah
** 8.30 pg = Pengarah masuk Opis dan inform aktiviti untuk hari ini
** 8.45 pg = Breakfast dengan Akak2 Opis :)
** 9.30 pg - 5.00 ptg = Buat kerja yang diarahkan dari semasa ke semasa
** 5.20 ptg = Sampai rumah
** 5.30 ptg = Solat Asar,Mandi dan Masak/Makan sambil menonton TV
** 7.30 mlm = Solat Maghrib dan Mengaji
** 8.30 mlm = Solat Isyak
** 8.30 mlm = Menonton televisyen
** 10.00 mlm = Tido (Gud Nite sume) **Senyum**
Kalu Ari minggu selalunye aktiviti saya,

SABTU DAN AHAD

Saya akan ke kelas dari pukul 8.00 pg- 12.00 mlm sebabnye kelas sabtu dari pagi hingga ke tengah malam tapi kalu ahad dari pagi hingga ke petang. So kalu sampai jer umah petang tue, mula la terhegeh-hegeh kemas rumah, dan gosok baju kerja utk hari Isnin-Jumaat.

Kalu takde kelas, kadang-kadang ade customer yang request makeup atau job makeup.Kadang-kadang pun ade photoshoot atau aktiviti lain. Eh2,dah lame tak photoshoot :p. Sejak akhir-akhir nie masa terlalu mencemburui saya.Berselang selikan kelas dan assigment yang makin banyak dan mencabar. Kadang-kadang penat tapi saya suka dengan cabaran kerana pengorbanan yang membuahkan hasil perlukan berteraskan kesabaran. :))

Bosankan life saya??? :p

With Luv,
Ta'a Razali

Wednesday, December 8, 2010

5 JENIS TABIAT

Sebenarnye saya seorang yang tak pandai buat keputusan. Walaupun kadang-kadang isu kecil pun masih tak dapat buat pilihan dan keputusan. Memerlukan kawan-kawan,keluarga untuk membuat keputusan. Bukankah seorang yang bijaksana perlu bijak membuat keputusan? Manusia tidak sempurna begitu juga saya. Namun saya cuba menjadikan diri saya terbaik dari semalam.

Pagi nie terbaca satu artikel berkenaan dengan keputusan menentukan kejayaan diri. 5 Jenis tabiat itu

1. Matlamat hidup yang jelas dan sikap yang betul mengenai kehidupan

2. Mengetahui matlamat akhir dan kesan keputusan hari ini

3. Tahu menyusun keutamaan

4. Sentiasa cenderung kepada penyelesaian

5. Sentiasa berusaha untuk mendengar dan memahami, sebelum mengharapkan diri didengar dan difahami.

"Kejayaan diri diukur pada sejauh mana pengetahuan itu berjaya menjadi amal. Bagaimana bertambahnya pengetahuan, menambah amal di jalan kebaikkan. Pertambahan amal itu menjadikan kita lebih baik berbanding semalam"
With Luv,
Ta'a Razali

Tuesday, December 7, 2010

SHOWCASE IDOLA KECIL 3

Ahad lepas, saya n cha g Showcase Idola Kecil 3, Actually untuk makeup adik-adik Idola Kecil 3. Tapi sempat jugak berposing sebelum diorg sampai.

Dah mcm penyanyi nasyid pulak kan :P

Jom tgk pic diorg dengan saya

TQ adik-adik Idola Kecil, Korang memang best :))
With Luv,
Ta'a Razali

MEMBACA JAMBATAN ILMU

Sabtu lepas,g alamanda..Niat sebenarnye nak bli kan hadiah untuk adik Deera. Tapi tengah jalan-jalan nak belikan hadiah tue, ternampak plak penulis novel terkenal, Ramlee Awang Murshid. Jadi haruslah snap pic die hehehhee...Bz betul abang Ramlee Awang Murshid nie sebab melayan peminat-peminat beliau.

Pusing-pusing,tibe-tibe tergerak hati nak beli buku. Membacakan Jambatan Ilmu, jadi apa salahnya sekali sekala berhabisan untuk membeli buku yang berfaedah dan boleh memotivasikan diri. Betul tak?
Nie buku pertama yang saya beli, Aku terima nikahnya. Actually buku nie Daripada Ustaz Hazrizal Abdul Jamil. Banyak manfaat dan ilmu yang dapat.

Nie pun beli jugak :p
Buku nie,dalam masa 1 malam jer da abis baca. Seronok sangat buku nie sebabnye banyak pengajaran dan moral yang boleh diambil.
Ok, buku nie tak sampai setengah jam dah abis. Baguskan? berkali-kali saya ulang buku nie.
Alhamdullillah semoga saya mendapat berkat apa yang dibaca dan mempraktikkan apa yang dibaca.Amin~~

Buku nie saya hadiahkan untuk housemate saya. Comelkan buku nie?? Semoga Tahun 2011 memberikan satu kehidupan baru untuk housemate saya.

Eh,eh~~~
Lupe nak bgtau nie la hadiah untuk Adik Deera. Comel tak, abis pusing satu alamanda nak carikan hadiah untuk dia. Hope Adik Deera suke dengan hadiah nie :))
Chocolate nie pun untuk Adik Deera. Adik suke warne biru tapi takde teddy bear biru, so beli jela teddy bear biru sekecil ini. Tapi comel :)

p/s : Dah 2 tahun berturut2 tak dapat hadiah dari seseorang. Agak2 bila boleh dapat hadiah dari seseorang yar
With Luv,
Ta'a Razali

Thursday, December 2, 2010

PERKARA YANG PELU TAHU TENTANG SAYA

Perkara yang perlu tahu tentang saya;

1. Susah nak bangun pagi. Masalah nie sebenarnye dah cube untuk ditangani tapi macam biase tetap susah nak buka mata bila pagi.

2. Cepat kecik ati. Eh bukanlah,saya seorang yang sensitif sebenarnye :p Tapi cepat ok dan lembut hati :)

3. Seorang yang patuh pada kedua ibu bapa. Apa yang disuruh itulah yang dibuat. Sebab keluarga adalah perkara terpenting dalam idup saya.

4. Pemaaf tapi ikut perkara yang dilakukan. Saya paling tak suka diperkotak-katikkan. Berjiwa lembut. Pernah diburuk-burukkan oleh orang yang saya paling percaya tapi saya tak pernah berdendam

5. Tegas dalam keje dan suke settlekan keje secepat yang mungkin. seorang yang tak suke tangguh2 keje. Dalam keje jangan main-main,ok?

6. Suke berkawan tapi kene tengok dulu orang yang mcmane. Mungkin sesetengah cakap saya sombonk tapi memang itulah saya. Lebih suke buat hal sendiri.

7. Bile makan mst sikit-sikit. Tapi berkali-kali sebab kuantiti yang sedikit menyebabkan saya cepat lapar. (hanya orang tertentu jer yang tau)

8. Lebih suke berterus terang. Walaupun kadang-kadang menyebabkan ade yang terasa tapi lebih baik berterus-terang, betul tak?

9. Suke belajar dari kesilapan. Mudah mempercayai seseorang tapi senang membenci seseorang. Lebih suka berhati-hati dan berdiam diri. Hanya orang yang benar-benar mengenali saya jer yang tau siapa saya

10. Suke warne pink,putih,ungu,itam..Kalu barang-barang warne tue mst saya akan pakai sehingga bertahun-tahun. Lebih suka menghargai pemberian yang diberi.

11. Tengah sambung belajar. Kalu boleh nak berjaya dan mempunyai cita-cita yang tinggi. Orang cakap biar berbadan kecil tapi jangan berotak dan pemikiran yang kecil :p Ilmu itu sangat penting

11. Nak g umrah dan menunaikan haji di Mekah..Semoga dipermudahkan~Amin~~~

Hanya orang yang benar-benar mengenali saya yang tau siapa saya yang sebenarnye :)

With Luv
Ta'a Razali

ANTARA IMPIAN DAN CITA-CITA

Pastinya semua orang mempunyai impian dan cita-citakan. Macam tue jugak lah saya. Dulu masa sekolah saya nak jadi seorang Arkitek tapi kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan.

Abis jer Sekolah saya sambung buat Diploma Sains Kesetiausahaan. Kadang-kadang kelakar jer rasenye sebab saya memang bercita-cita nak jadi Arkitek. Suke tengok bangunan yang cantik-cantik. Suke tengok design rumah tapi lastly saya jadi seorang Setiausaha Pejabat.

Eh, sape cakap Setiausaha nie tak ok. Ok ape. Yang penting saya mesti bersyukur dengan apa yang diberikan. Alhamdullillah~~ dalam usia yang begitu muda saya dapat belajar dan timba pengalaman.

Thank U, Allah

Sekarang nie tengah sambung study untuk menjadi seorang PTD. Sebenarnye saya memikirkan masa depan yang lebih panjang. Orang cakap muda-muda nie lah nak membina kerjaya. Eh, kejayaan mesti seiring dengan jodoh, betol tak?? Mudah-Mudahan~~~~ Amin :))

"Berpegang teguhLah Pada Apa Yang Diberikan dan Jadilah Seorang Yang Bersyukur"
With Luv,
Ta'a Razali

MAKEUP UNTUK IDOLA KECIL 3

Jumaat lepas, Kak Shima bagi job untuk makeupkan peserta Idola Kecil 3. Actually dah banyak kali buat job makeup dengan budak-budak tapi nie 1st time dengan Idola Kecil 3.

Mule-mule ingatkan diorg nie sombong-sombong tapi rupe-rupenye diorg nie sporting habis~~
Sangat comel dan yang paling best ade orang cakap muke saya sama dengan sorang peserta Idola Kecil nie, nak tau sape???

Jom tengok bawah

Nie lah die, Adik Dira. Saya pun memang minat sangat kat dia. Comelkan???

Sama tak muke saya dengan die??

Sempat berposing before balik. Dah lama tak jumpa diorg. Rindu la kat Adik-Adik Idola Kecil 3.
With Luv,
Ta'a Razali

MINGGU YANG MENDEBARKAN

Minggu nie exam, cepatnye mase berjalan. Sempat jugak la curik-curik tengok buku-buku n soklan-soklan lepas. Eh, takkan curi-curi tengok jer :p
Sebenarnye bila ade virus "M" nie mmg tahap kemalasan yang melampau mule merajai hati dan diri.

Mule-mule memang la berkobar nak study tapi bile dah mula start buat soklan-soklan lepas abis la sakit kepala dan satu badan sampai tertdo depan ruang tamu.

Nasib ade seseorang yang menemani saya dan melayan kerenah saya. Thank U Cha :)

Ok lah, sepanjang exam nie saya buat jer ape yang terboleh dan termampu. Kalu boleh mestila nak target yang best-bestkan tapi memandangkan study sambil bekerja so target lulus je la.

Bila dah takde pemangkin nie, kalu dapat pointer best pun xde sape nak bagi hadiah jadi haruslah saya minta hadiah pada pelengkap saya iaitu ibu saya :O

With Luv,
Ta'a Razali

JALAN-JALAN KAT MELAKA

Raya haji aritu saya sambut kat Melaka. Actually nie 1st time saya tak sambut dengan family sbb sehari jer cuti so saya sambut di rumah housemate saya jer.

Banyak jugak pengalaman yang diambil. Atlist sy boleh blajar mcmane orang Melaka sambut Raya Haji. Dalam pukul 8 malam kami bertolak ke rumah abg cha. Then kami sama-sama gerka ke Melaka. Dalam 3 buah kereta jugak la. Yang paling best, sampai jer kat pertengahan highway, anak buah cha nak naik kete dengan kami. So, anak buah yang kecik tue tdo atas pangkuan saya. Sweet sangat. :)) Agaknye mcmani la erk bile dah ade anak nanti.

Even tangan lenguh n sengal-sengal tapi rase happy n tenang jer bile tengok ade baby yang tdo dalam pangkuan kita. Harap saya akan dapat anak semanje itu. Amik berkat sebenarnye tue :p

Sempat lagi berposing
Ok, Inilah housemate saya, cha.

Otw balik,sempat plak sy snap pic rumah-rumah kat Melaka.
Bukan suke-suke nak snap tapi sebenarnye saya suke tengok rumah-rumah lama yang bercirikan ini ;

Ada lagi...

Sian cha yang terpakse melayan kerenah aku...hehehehee
Thank U sayang..
Nnti nak beli rumah,nak design rumah mcmane erk?
With Luv,
Ta'a Razali

PHOTOSHOOT LAGI

Baru-baru nie saje berjalan kat area UPM,tibe-tibe hati nie terase nak 'berposing'. Sebenarnye nak berposing kat tempat lain tapi disebabkan kesuntukan masa so berposing aje lah kat area-area UPM..kat sini saya uploadkan beberapa pic 'terlebih perasan' saya. :p

Sebenarnye dah tak tau nak buat posing ape lagi. Nasib ade 'housemate' tersayang yang sangat terror bab-bab posing maut nie. Thanks dear.
With Luv,
Ta'a Razali

-KEJAYAAN SEIRING DENGAN JODOH-

Dah lame tak mengupdate blog yang hampir bersawang nie. Sebenarnye memang nak update tapi kekangan masa yang teramat sangat,lgpun boss skg takde kat opis jadi haruslah turun atas bawah menghantar surat kepada Timbalan beliau.

Aritu mase lepak kat 'pantry' dengan kawan-kawan opis,tibe-tibe tuan Azmi datang n borak-borak dengan kitorang. Tuan Azmi pesan dan nasihatkan supaya kejayaan yang kita kecapi pada hari ni mesti lah diiringi dengan rasa syukur. Itu saya sangat lah setuju kerana saya betul-betul bersyukur dengan apa yang saya miliki pada hari ini. Tak semua orang yang bernasib baik seperti saya.

Tapi Tuan Azmi pun ade pesan, kejayaan mestilah seiring dengan jodoh. Itu saya paham. Saya pun mengharapkan sebegitu. Hari-hari berdoa agar dipermudahkan segala-galanya. Rezeki, Jodoh,Ajal dan Maut adalah takdir yang telah ditentukan Tuhan. Saya cuma mampu berdoa yang baik-baik aje.

Ape agaknye jodoh saya tengah buat skg nie yar?

"Bersabarlah dan harapkanlah pahala-Nya. Jangan putus asa dan janganlah pula kecewa. Tetapi optimislah kerana sesungguhnya Allah berserta anda; Allah yang akan menolong anda; Allah yang akan memberi kecukupan kepada anda; dan Allah pula yang akan memelihara dan melindungi anda "
With Luv,
Ta'a Razali

Wednesday, November 10, 2010

SEDANG MENGGILA MENGUMPUL TUDUNG DAN BERFESYEN STYLISH MUSLIMAH

Sekarang saya tengah menggila mengumpul tudung dan 'bershopping tudung'. Mengenakan beberapa pakaian yang lebih berbentuk stylish muslimah. Bukan saja mengumpul tapi mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan tudung. Lepas nie, nak beli majalah yang banyak dan bersesuaian dengan fesyen bertudung.

Beberapa pic yang diambil dari beberapa blog.
Lupe nak tulis blogger sape, sebab sangat teruja tengok shawl dan tudung yang menarik :p

sedang menggila melihat blog-blog yang menjual tudung dan shawl. :p

Lepas nie,nak amik pic bertudung banyak-banyak..semakin selesa dengan keadaan dan imej sekarang, semoga diberkati Allah~~amin.
p/s :nak shopping jubah banyak-banyak =D
With Luv,
Ta'a Razali

Sunday, November 7, 2010

BERCAKAP MENGENAI KELEBIHAN ORANG LAIN MMG BANYAK TAPI KALU DIRI SENDIRI???

Syukur Alhamdullillah kerana masih lagi dapat menulis dan mengupdate blog yang tak seberapa nie :)) Kadang-kadang terpikir-pikir juga bila agaknya nak mengupdate blog tapi memandangkan masa yang terlampau padat dan kekangan masa jadi terpaksalah berhenti saja harapan untuk mengupdate blog.

untuk entry kali nie, tibe-tibe terpikir tentang kelebihan diri masing-masing. Mungkin sebab sejak akhir-akhir nie tertanya apa kelebihan yang ada pada diri sendiri.
Kalu bercakap mengenai kelebihan orang lain pastinya banyak,tapi kalu diri sendiri bagaimana ya?

Masing-masing ada kelebihan dan kekurang diri. Bukankah kelebihan dan kebaikkan yang ada akan menutup segala kekurangan diri? Manusia masing-masing tak sama dan saya tetap berharap agar dilindungi dan dipermudahkan segala urusan di dalam kehidupan ini~~Amin

Owh,untuk masa akan datang saya sibuk dengan exam yang hampir menjelang tiba. Bukan exam SPM, ok? :p Jadi bulan 11 nie saja nak mengrilekskan diri daripada sebarang aktiviti yang terkejar-kejar masa.

Saksikan IDOLA BINTANG KECIL di TV9. sebab saya yang makeupkan hehehehe
Bila keluar saya tak pasti tapi recording setiap jumaat, so silalah tengok eaaa =D
Lepas nie photoshoot bersama dengan team 'kamera man'-doakan saya ya, masih kekok didepan kamera :p

p/s : masih berbangga dengan pencapaian diri sendiri dan bersyukur dengan apa yang dianugerahkan

With Luv,
Ta'a Razali

SAPE CAKAP KERJAYA SETIAUSAHA NIE TAK BAGUS???

Sape cakap kerjaya sebagai setiausaha nie tak bagus. Saya sangat tidak bersetuju dengan pendapat tue. Bagi saya kerjaya ini adalah salah satu kerjaya yang bersesuaian dengan wanita sekarang. Saya bersyukur dengan anugerah Tuhan tentang kerjaya saya sekarang.

Syukur Alhamdullillah sepanjang 3tahun lebih nie, saya dapat Pengarah-pengarah yang banyak memberi semangat dan banyak perkara baru yang saya belajar. Saya anggap mereka macam kedua ibu bapa saya sendiri memandangkan status dah mcm anak-anak kan :p

Sempat juga 'pose' istimewa bersama jamal..dah lama tak jumpa kawan-kawan di JAKIM, tibe2 terasa rindu =D

Walaupun boss ada depan mata 8 jam di opis tapi sempat juga posing sane sini..hihihihii

Sebenarnye minat terarah ke bidang hiburan. Tapi disebabkan masa akan datang yang semakin mencabar, dan permintaan kedua orang tua jadi terpaksalah berkorban tapi sebenarnye minat juga bidang setiausaha ini.
Owh,selepas iklan bersama aizat keluar di Astro, ibu sering bertanyakan soal ini. Ibu cakap kerjaya sekarangkan sudah ok, nampaknye ibu tidak berapa mengizinkan saya keluar di tv dan majalah-majalah lagi.. tapi sekali sekala ape salahnye kan? sekadar mengambil pengalaman =D

Sebab dah tak tau nak buat ape so saya pun tangkap la pic sendiri. Masih perasan diri semakin comel sedangkan usia sudah hampir menjangkau 24 tahun pada 3/3/2011
p/s : Masih dalam 'process' untuk memunculkan diri di dalam majalah-majalah..doakan saya yar!! Majalah apa yar..masih terpikir-pikir :p
With Luv,
Ta'a Razali

DIA...

Aku sayang dia...
Masih dia...
Dia yang banyak memberi semangat baru..
Selepas bertahun-tahun...
Dia yang mampu membuatku tersenyum...
Dia mungkin tak tahu...

p/s : teruskan menyayangi jika masih tidak menyakiti hati sendiri =))

With Luv,
Ta'a Razali

Monday, November 1, 2010

DOA PERMUDAHKAN JODOH

Surah Yaasin: Ayat 32 - 36

Fadhilat Surah Yaasin ayat 36: Untuk sesiapa yang belum berkahwin agar dipertemukan jodoh.

Caranya:

Baca Surah Yaasin ayat 36 dan berdoa.
Hembus pada telapak tangan dan sapukan ke muka.
Lakukan setiap pagi sebelum keluar rumah.

Wallahu a'lam.

With Luv,
Ta'a Razali

Friday, October 29, 2010

SEJAK AKHIR-AKHIR NIE.....

Sejak Akhir-akhir nie...

Selalu jer sakit kepala n demam..
Selalu jer rase malas nak bangun g keje...
Selalu jer rase nak kuar dari kesibukkan kota..
Selalu jer rase nak nangis..

Sejak Akhir-Akhir nie...

Selalu tengok website/blog yang menjual tudung dan blouse
Selalu singgah kat kedai tudung dan 'usha' blouse
Selalu jer rase nak makan banyak
Selalu jer cepat kecik ati...

Bila pikir-pikir balik

Mungkin faktor umur yang semakin dewasa...
Mungkin terlalu stress dengan kerja dan sekeliling...
Mungkin mahu lari dari segala masalah...
Mungkin terase sebak bile terlalu banyak berdosa pada Allah...

Mungkin dah terase dan tak sabar nak pakai tudung...
Mungkin nak padankan dengan bj dan tudung yang bersesuaian..
Mungkin stress sebab tue makan banyak...
Mungkin sebab dah takde sape yg nak jaga ati nie...

With Luv,
Ta'a Razali

BERGANTI HATI

BERGANTI HATI - ANGGUN

Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga

Reff:
Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa)
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hati

Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

Back to Reff:
Kini ku sadari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang tlah pergi
Harus berganti hati

Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti

OMG~~~

Actually dari bulan lepas aku ade 'usha' satu beg nie..aku suke sangat beg tue coz warne die sesuai dengan sume pakaian yang aku. dan senang nak padan dengan bj. design die mmg nampak cool n nampak simple jer. aku tak tau la nape sekarang nie aku tergila-gilakan beg tue..blh nangis kalu tak dapat. Tak sempat nak amik/snap pic beg tue coz kalu aku g jer parkson alamanda tue aku mst sedih coz smp sekarang tak dapat nak kebas beg tue.

Dulu2 aku ade sorang BFF tau, die cakap die cabar aku pakai dari atas rmbut smp ujung kaki jenama GUESS. dulu kalu g alamanda jer mst aku dengan die masuk butik GUESS but now aku g 'usha' sorang2 jer. siankan kat aku??
Sempat jugak sekali sekala aku bukak website GUESS,sj tengok ape yang terbaru..
yelah,nak pakai COACH n dll tak mampu lagi..nak tunggu jadi pegawai (tue pun kalu takde komitmen lain) mmg lmbt la so pakai jela GUESS....~~

nie website GUESS www.guess.com

Selain beg aku ade lagi satu bende yang memang aku nak sangat2 sejak kemunculan dihp nie..HP C3, adesss pantang ade pink mst aku nak sambar...

Bile la aku nak dapat pakai beg GUESS n HP Pink nie..
Owh rase nak nangis jer nie~~~

p/s : Harap2 ape yang aku nak nie dapat~~
Susah betul jadi perempuan nie,mcm2 nak kene bli
Tapi aku bangga jer jadi perempuan dapat merasa pakai mcm2~~

With Luv,
Ta'a Razali

Tuesday, October 26, 2010

I HAVE A DREAM~~

Tak lama lagi dah nak exam..kemudian dah nak masuk sem baru, terasa cepat masa berlalu dan terasa cepat umurku berganjak ke usia yang lebih tua. Kadang-kadang terasa bagus jugak masa berjalan dengan cepat sebab bagi aku hanya masa yang akan mengubah dan menentukan kehidupan ini, maksudnye setiap hari akan ade jer hal yang berlaku..(sedar tak sedar dah hampir ke ujung tahun)

Tahun depan pastinya macam-macam impian yang aku impikan tapi ape pun "study" adalah perkara utama yang aku harus letakkan sebabnye aku dah separuh jalan study so mestilah aku kene habiskan study aku dengan baik sekali.

Sekarang nie dalam idup aku yang paling penting aku habiskan study aku dulu. Bukan mudah nak mencapai sesuatu impian, mujurlah mak aku sangat memahami aku.

kesihatan tak brape baik sebab dah mula terasa demam (nak dekat exam ni)
hope tak makin melarat la demam aku nie. Selalunye kalu demam "terkejut" camni hampir seminggu gak aku kene bertahan.

Sebut pasal "terkejut", sudah pastinya aku dah pernah melalui demam nie.
Semoga aku tabah mengharungi segala dugaan yang diberikan~Amin~

"Siapalah aku untuk menolak takdir yang telah ditentukan Tuhan
Apa yang terjadi aku perlu teruskan hidup walapun sakit dan perit
Aku dah lama pasrah dan redha dengan ketentuan-Nya"

With Luv,
~Ta'a Razali~

JADILAH SEHEBAT CIK SITI WAN KEMBANG

Sememangnya Cik Siti Wan Kembang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan keseluruhannya, namun dia juga adalah kebanggaan kita semua. Dalam sekian ramai raja lelaki yang pernah memerintah di negara kita, khususnya di Kelantan, hanya nama Cik Siti Wan Kembang yang meniti dari bibir ke bibir, dari dulu hingga kini dan saya percaya hingga selamanya.

Buku “Detik-detik Sejarah Kelantan” karangan Sa’ad Shukri Haji Muda menceritakan Cik Siti Wan Kembang memerintah Kelantan bermula pada 1610 dan bersemayam di Gunung Chinta Wangsa di Ulu Kelantan (40 kilometer ke arah tenggara Kuala Krai).

Dia adalah anak kepada Sultan Ahmad (1548-1580M) dengan Che Banun atau Puteri Seri Nara Raja. Semasa pemerintahannya, rakyat amat menyukainya dan kerajaannya masyhur. Ramai pedagang termasuk orang Arab berniaga di situ.

Nama asalnya ialah Wan Kembang namun pedagang Arab memanggilnya sebagai Paduka Che Siti. Siti merupakan panggilan tuan bagi perempuan. Ada juga yang menyifatkan wanita yang bergelar siti melambangkan seorang wanita yang kaya sifat kewanitaannya.

Cik Siti Wan Kembang banyak menerima pinangan namun dia menolaknya kerana lebih suka hidup berseorangan. Bimbang penolakan itu mengundang murka, baginda berpindah ke Cherang Tegayong. Di sana, dia membina tempat yang dinamakan Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong.

Sejarah mengatakan, kerana tidak mempunyai pewaris takhta, Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong anak kepada Raja Loyor daripada keturunan Raja Sakti (Raja Jembal) yang memerintah di Jembal, satu tempat di negeri Kelantan sebagai anak angkat.

Puteri Saadong atau Mariam amat terkenal dengan kecantikan rupa parasnya. Cik Siti Wan Kembang juga digambarkan sebagai seorang yang perkasa dan pendekar. Pada masa yang sama, baginda begitu kuat berpegang kepada agama. Juga berjiwa halus dan berhati suci serta berbudi luhur.

Ibnu Battutah dalam catatan pengembaraannya mengatakan ada seorang raja perempuan beragama Islam bernama Urduga di Kuala Krai (dalam catatan disebut Kilu Krai). Raja perempuan itu pandai menunggang kuda, memanah dan pandai menulis tulisan Arab. Sesetengah sumber mengatakan Urduga ialah Cik Siti Wan Kembang.

Mulia dan masyhurNah! Sekarang lihatlah betapa hebatnya wanita yang namanya meniti di mulut setiap orang. Apabila orang bercakap tentang Kelantan mereka mengaitkannya dengan Cik Siti Wan Kembang dan demikian sebaliknya.

Itu membuktikan betapa mulia dan masyhurnya baginda. Dia diingat-ingati dari dulu hingga sekarang serta disinonimkan pula dengan para wanita Kelantan, selalunya gigih, rajin berdagang, aktif serta cantik.

Apabila orang bercakap tentang wanita Kelantan orang mengaitkannya dengan peribadi Cik Siti Wan Kembang dan apabila orang bercakap tentang beliau, wanita Kelantan mengikut di belakang.

Satu yang menjadi persoalan ialah mengapa dia tidak ingin berkahwin, sedangkan dia seorang wanita yang jelita bahkan seorang raja? Jika dilihat antara sebab-sebabnya sebagaimana yang dicatatkan oleh pengkaji-pengkaji dahulu, mereka mengatakan raja perempuan ini lebih mahu mendekatkan diri kepada Allah sebagaimana Rabiatul Adawiyah, wali wanita yang sangat terkenal itu.

Andai begitulah alasannya, ia adalah sesuatu yang sangat baik untuk dijadikan ikutan terutama oleh mereka yang memang tiada rasa lagi hendak berkahwin. Ramai wanita dalam status yang ‘tidak pasti’ adalah baik sekiranya merubah niat berbanding terus berteka-teki atau terus mengharap pada keadaan yang tidak pasti.
Berkahwin itu baik untuk mereka yang benar-benar bersedia untuknya serta ada niat untuk menjadikan perkahwinan syurga sebelum ke syurga sebenar. Namun andainya jodoh tiada kesampaian,mencintai Allah sepenuh jiwa adalah keutamaan.

"Andai wanita boleh sehebat Cik Siti Wan Kembang,
ia adalah anugerah termanis buat kita semua
Selain dia dikatakan wanita yang jelita
juga berbudi luhur serta bijaksana"
With Luv,
Ta'a Razali
**dipetik daripada majalah mingguan wanita

Sunday, October 17, 2010

BUAT KAUM ADAM...

Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.

Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.

Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.

Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.

Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.

Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.

Kau diberi amanah untuk mendidik aku.

Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.

Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahan kami, kami ditindas, dibunuh, diperkosa & bermacam-macam lagi bentuk penyiksaan terhadap kami kaum hawa.

Dimana perginya keadilanmu?

Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?

Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku? Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.

Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.

Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.

Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.

Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.

Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.

Maafkan aku sekali lagi Adam...

Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.

Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.

Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.

Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...

Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...

Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...

Ikhlas dari Hawa abad ini..
-------------------------------------

"Jika kita tidak disibukkan dengan urusan kebaikkan, nescaya kita akan disibukkan dengan urusan kebatilan." - Hassan Al-Basri
With Luv,
Ta'a Razali

DIMANAKAH CANTIKNYA WANITA

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

With Luv,
Ta'a Razali

BERTUDUNG BIARLAH IKUT SYARIAT BUKAN ADAT

sejak akhir-akhir nie,aku suke bace artikel mengenai bertudung,dan lain-lain lagi..
Puas saya mencari artikel nie, n lastly dapat gak artikel nie..harap anda hayati eaaa, terima kasih sebab prihatin terhadap pemakaian tudung saya..saya hargai =))

Bertudung atau Berfesyen?

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.

Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.

Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.

Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung.
Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung..

Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan.

Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna.

Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya.

Juga ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik.

Malah labuci warna-warni dijahit pula di atasnya.

Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita.

Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya.

Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri.

Sombong makin bertambah, lalu jalan mendabik dada.

Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.

Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan.

Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia.

Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.

Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang.

Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki.

Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas.

Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya.

Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini.

Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.

Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung.

Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

"sy cume bagitau je.. "

p/s : -aku wanita biasa-

With Luv,
Ta'a Razali

Monday, October 4, 2010

~AKU DAN SESUATU~

Macamane nak mulekan erk..sejak akhir-akhir nie,aku dah mule terase sesuatu yang luar biase dalam idup aku, erkkk actually aku sejak akhir-akhir nie lebih suke dengan gaya aku bertudung,lebih santai n rileks~~paling best,aku rase macam senang jer n menjimatkan mase kalu nak kuar,tak yah nak sibuk sikat-sikat n fesyenkan rambut. Kalu pakai tudung just sarung jer n menjimatkan mase. Oklah,sekarang nie tue azam aku tahun baru nie n niat aku. Hope dipermudahkan segalanya ~AMIN~

2ndly, aku rase sekarang nie aku nak kurangkan aktiviti luar aku,maksud aku bukannyer berpoye-poye, aku nak kurangkan aktiviti "entertainment" aku. Actually memang la aku minat dengan entertainment tapi kadang-kadang letih sangat sebab terpakse manage mase n terkejar sane-sini. Oklah,aku buat jer takat mane yang mampu. tapi kawan-kawan aku sume persoalkan aku,nape tahun depan?nape tak esok jer?

Saje jer aku snap pic aku pakai tudung. Aku rs aku nak belilah banyak2 tudung. senang n menjimatkan mase =))

Nie time aku g Open house umah member opis Lela, saje snap pic dengan si comel nie. Budak-budak opis aku sume cakap aku dah gemok~~ isk~~ gemok ke aku? tapi memang sejak akhir-akhir nie aku kuat makan. Aku kisah ape, aku gemok ke aku kurus ke janji aku senang ati. Time aku susah ati sekarang ade korang kisah pasal aku?? xde pun kan. Even kadang-kadang tensen gak aku memikirkan berat badan aku tapi aku still pikir yang "badan aku,ikut suke aku ar nak macamane pun" yang penting aku appy sebab time aku susah takde sape pun yang nak tolong aku =D

"PEACE NO WAR"

p/s : Idup aku,Jodoh aku,Ajal aku,sedih aku, gembira aku biar Allah jer yang tentukan

With Luv,
Ta'a Razali

Tuesday, September 28, 2010

PROJEK KEMASYARAKATAN II

26/09/2010 program yang dirancang oleh ahli kumpulan aku dijalankan dengan lancar~~alhamdullillah. sempat gak aku snap beberapa pic untuk dijadikan kenangan. Mule-mule sekali aktiviti poco-poco dijalankan n Teha la yang jadi co-ordinator untuk tarian poco-poco tue.

Poco-poco bersama warga tua

Teha dan beberapa warga emas. Semangat2x

Aktiviti ke-2 kami, acara bermain congkak,karom,batu seremban dengan warga emas.

Kak ecang sempat lagi berposing sambil bermain congkak

Nie MC pada program tersebut. Jes N Yaya

Pas aku amik gambar dengan mak cik nie,mak cik nie tengok gambar yang aku dah tangkap. Die cakap gambar die gemok. Tapi aku rase, aku yang gemok :p

Yaya sempat berposing untuk kenangan

Bermain karom. Syok abis diorg nie

Persembahan dari Kompleks Penyayang

Tarian Inang

Persembahan daripada warga emas

Kitorang pun join skali tau

semangat-semangat~~

Penyampaian hadiah,cek dan saguhati untuk mereka

After majlis penyampaian hadiah dan penutup,kami semua pergi melawat ke rumah mereka

Hujan renyai-renyai tapi tak mematahkan semangat kami

Bekalan untuk diberi pada warga emas

Sempat berposing dengan warga emas di rumah mereka
Semua nie jadikan kenangan dan pengalaman. Sedih sangat biler berpisah dengan diorg. Sume nie dijadikan pengajaran, hope anak-anak yang lain dapat menjaga ibu bapa mereka dengan baik.
p/s : Kadang-kadang terpikir jugak aku,ibu bapa mampu menjadi lebih dari 10 orang anak tapi anak-anak tak mampu menjaga seorang ibu dan seorang ayah.
With Luv,
Ta'a razali