Pages

Tuesday, April 23, 2013

PETUA HILANGKAN TANDA HITAM DAN EYE BAG DIBAWAH MATA

Petua Hilangkan Tanda Hitam Dan Eye Bag Di Bawah Mata 

Anda mengalami masalah tanda atau lingkaran hitam di bawah mata? Mata anda kelihatan seperti panda akibat kurang tidur atau keletihan.

Jom atasi masalah anda dengan petua-petua di bawah:
1. Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata dua kali sehari. Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati.

2. Basuh uncang teh yang telah digunakan dan simpan ke dalam peti sejuk selama 10-15minit. Letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.

3. Kupas, bersihkan dan potong kentang nipis-nipis. Lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit.  Lakukan sebelum dan selepas tidur.

4. Sapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah kelopak mata setiap pagi selepas bangun dari tidur.

5. Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya.

6. Sapukan minyak sapi pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci muka hingga bersih. Amalkan selalu sebelum tidur.

XOXO,
Ta'a Razali

Tuesday, March 26, 2013

"v"

With Luv,
Ta'a Razali

TENANG YANG DICARI

"Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga"

With Luv,
Ta'a Razali

KEHEBATAN SEORANG WANITA :)

” kalau beginilah sakitnya melahirkan anak, cukuplah kali ini. Sayang tak perlu mengandung lagi sebab abang tak sanggup nak tengok..”
Salah satu dialog dalam sebuah kisah, yang saya sendiri lupa dari mana saya baca. Yang pasti, kisah itu pernah dibaca sewaktu saya masih bujang. Saya berfikir sendiri, sakit sangatkah proses kelahiran itu? Dan saya pasti, bukan saya seorang berfikir seperti itu.
Hari ini, selepas sembilan bulan.
Sedar tak sedar, kandungan isteri sudah berada di trimester terakhir, bahkan sudah berada dalam fatrah boleh bersalin bila-bila masa sahaja. Tarikh secara rasmi pula hanya berbaki dua hari. Dan saya, menjadi peneman setia kepada segala apa yang dilalui oleh isteri sepanjang tempoh mengandung. Sekaligus, saya mendapat jawapan kepada semua soalan saya ketika bujang.
Hakikatnya saya dan kaum saya sama sekali tidak akan mampu menyelami kesakitan tersebut. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Lalu timbul satu lagi persoalan, mengapa Allah takdirkan mengandung itu hanya untuk perempuan?
Firman Allah ta’ala :
Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang bathil, dan mereka kufur pula akan nikmat Allah? (An Nahl : 72)
Menjadi hikmah Allah, tidak ada lelaki yang boleh mengandung walau sehebat mana pun dia. Dan menjadi hikmah Allah juga, hanya wanita boleh mengandung walau selemah mana pun mereka. Tentunya, Allah lebih tahu, siapa yang lebih mampu untuk menanggung beban dan amanah tersebut.
Merenung kehebatan Allah ini, banyak iktibar yang boleh diambil.
KEKUATAN DAN KEINGINAN MENYUMBANG
Di hadapan mata saya, seorang wanita membuktikan hakikat tersebut. Ketabahan dan kesabarannya selama sembilan bulan, menyedarkan saya bahawa ‘kekuatan’ itu ukurannya bukan pada tenaga fizikal semata-mata. Tetapi kekuatan hati dan tekad dalam diri mereka.
Kaum wanita, adalah kaum yang cukup istimewa. Cara mereka berfikir dan bertindak, adakala jauh lebih baik dari lelaki. Hasil kerja mereka seringkali lebih kreatif dan teliti. Paling hebat, komitmen mereka terhadap cinta dan kasih sayang dalam kehidupan.
Akhir-akhir ini, saya sendiri tidak sanggup melihat kesakitan yang dialami tatkalacontraction menyerang. Belum lagi tentang sakit pinggang, sakit kaki dan sakit belakang, akibat membawa beban berkilo-kilo selama berbulan-bulan. Namun dia bukan seorang yang cepat mengalah dan memilih untuk berada di pembaringan. Kudratnya tetap dikerah meskipun ditegah. Keinginannya untuk menyumbang adakala membuatkan saya pasrah.

Lantas teringat perbualan dengan seorang teman tidak lama dahulu. Waktu itu saya bertanya perasaannya setelah bergelar bapa.
” Memang penat. Namun penat menguruskan si kecil jauh lebih ringan berbanding penat ‘menguruskan’ isteri..”
Di awalnya, saya tidak dapat menangkap maksud tersirat. Rupanya, sesetengah wanita berperang dengan tekanan tersendiri selepas bersalin, iaitu tekanan kerana tidak dapat menyumbang dan meringankan bebanan. Daripada menguruskan diri, menguruskan rumah dan menguruskan bayi, kesemuanya terbeban di atas bahu suami. Isteri di waktu itu tidak mampu melakukan kerja, perlu banyak berehat apatah lagi jika masih terkesan dengan rasa sakit.
Jika kurang ketahanan dan motivasi, isteri boleh mengalami kemurungan dan kesedihan berpanjangan, biarpun suaminya mampu melakukan semua pekerjaan. Situasi ini akan merumitkan keadaan jika ianya berlarutan.
Mengingatkan ini, saya beristighfar berkali-kali. Wanita itu, sudah sembilan bulan menanggung beban. Sudah berpuluh kali menahan kesakitan. Dan nantinya, bertarung dengan mati pula untuk proses kelahiran. Sedangkan saya sebagai lelaki, hanya mampu melihat dan memberi sokongan. Langsung tidak mampu merasai apa-apa kesakitan. Apakah setelah itu, di waktu tangisan si kecil sudah kedengaran, tubuh yang lemah itu juga hendak diletakkan beban?
Dia wanita yang kuat dan cekal. Bulan-bulan yang dilalui, hari-hari yang ditempuhi, menjadikan saya seolah-olah mahu angkat tabik kepada isteri. Alangkah jika semua itu ditanggung dan dirasai oleh lelaki, pasti dan pasti tidak akan mampu diharungi sehingga ke saat ini.
Lama sebelum ini, dengan yakin beliau menyatakan untuk mengkhatamkan Al-Quran, sebagai ‘hadiah’ untuk si kecil yang bakal lahir nanti. Berjuang dengan sakit dan menghabiskan masanya dengan Al-Quran, beberapa hari lepas dengan wajah berseri-seri dia memberitahu Al-Quran telah khatam dan meminta saya membacakan doa khatam Al-Quran untuknya.
Tekad dan semangat yang menakjubkan saya. Sedang yang sihat, Al-Qurannya tidak pula kunjung khatam.
TEMAN
” Siapa akan jaga nanti berpantang? “
Itu soalan lazim dari sanak saudara di Malaysia, bila diberitahu tarikh bersalin sudah dekat. Dan saya, jujurnya tidak pernah memikirkan tentang itu secara serius. Saya tidak mengharapkan untuk orang lain jaga kerana saya ada. Tentunya tidak sama dengan keadaan di tanahair, di mana ada keluarga yang akan menjaga.
Memilih untuk bersalin di tanah arab, bererti bersedia menerima bahawa semua itu memang tidak ada.
Namun Allah datangkan juga insan-insan yang baik hati memberikan perhatian dan pertolongan. Saya terkesan dengan seorang sahabat kepada isteri, berpangkat adik. Meskipun tidak kenal rapat sebelumnya, namun begitu akrab dengan kami. Dari kacamata saya, tingkahlaku seseorang itu sudah cukup mencerminkan keikhlasannya. Pertolongan yang dihulur dan perhatian yang diberi, benar-benar menjadikan kami senang hati.
Isteri meluahkan rasa terharu dan saya tersenyum. Bukan semua orang punya hati seperti itu. Menolong orang tak mengira siapa dan sanggup bersusah payah untuk orang lain biarpun diri sendiri banyak kerja. Yang ramai, waktu senang datang bertempek namun tika perlukan pertolongan, menjauh entah ke mana.
Saya doakan, insan-insan seperti ini diberikan pertolongan dan rahmat berpanjangan dari Allah ta’ala. Saya teringat satu hadith Nabi s.a.w bersabda :
” Dan sesungguhnya Allah sentiasa akan menolong hamba-Nya, selagi mana hamba-Nya itu sentiasa menolong saudaranya yang lain “
MOTIVASI
Dalam tidak sabar menunggu tangisan si kecil kedengaran, saat-saat getir sebelum proses kelahiran juga perlu diberi perhatian. Mahu berada di situ, perlukan motivasi dan semangat yang kuat. Dan saya dan keluarga, tidak putus memberikan semangat kepada isteri. Kini contraction sudah semakin kerap, dan berkemungkinan akan bersalin sedikit masa lagi.

Melihat wajahnya saja, saya yakin akan kekuatan dari dalam diri wanita tersebut. Nantinya akan ku bisikkan kepada si anak, bahawa ibumu adalah seorang pejuang yang penuh kental dengan keazaman. Dan catatan ini kelak akan menjadi tatapan, apabila engkau sudah dewasa dan mula mengenal erti kehidupan.
Wallahu`alam...

With Luv,
Ta'a Razali

Monday, March 25, 2013

Terima Kasih-I am Neeta

Saya sangat suka lagu nie. Ouccchhh~~semasa saya sedang post lagu nie dlm blog saya, lagu ini sedang keudara di dalam Suria FM :)

TERIMA KASIH - I AM NEETA

Tidak pernah ku rasa perasaan yang begini
Tulus tuk mencintaimu

Semua kerna dirimu ku berubah
Hidup kini penuh dengan senyuman

Oh sayang datanglah ku inginkan dirimu
Dekatlah padaku ku rindukan pelukmu

Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri amat ku hargai
Semua ku simpan di dalam hati
Penuh riang tawa mesra
Terus terukuir di hati

Siapa sangka kan bahagia
Bila dulu pernah luka
Cinta datang tak diduga
Bawa hingga syurga

With Luv,
Ta'a Razali

Wednesday, February 13, 2013

CARA MENGELAKKAN RAMBUT KUSUT

Memiliki rambut hitam, lebat serta mengurai lembut apabila di tiup angin… fuhh…

Tapi apa perasaan anda bila rambut anda mudah gugur.. kekeringan.. terpecah dihujung.. rambut rosak dan terputus-putus menampakkan tidak terurus.. amat mengelisahkan bukan??

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan rambut rosak? Bagaimana pula cara mengatasi rambut rosak ini?

Kini pelbagai produk penjagaan rambut berada di pasaran tapi AWAS jangan tersalah pilih.. Pilihlah jenama yang anda benar-benar yakin dan sesuai bagi rambut anda dan yang paling sesuai bagi masalah rambut yang anda hadapi.. Rambut dikatakan tidak sihat dan memerlukan rawatan segera apabila kutikel dibahagian rambut sedang mengalami kerosakan, patah dan putus menyebabkan rambut anda nampak kusam, tidak bercahaya dan rapuh. Apa yang menyebabkan rambut rosak?

PUNCA RAMBUT ROSAK

* Proses bleaching, perwarnaan kekal atau semi kekal, pengerintingan atau

Kesan kimia

Kesan kimia

perlurusan. Proses ini menyebabkan kerosakan pada kutikel rambut membawa kepada kerosakan ikatan protein pada rambut dan menjadikan strukturnya menjadi lemah selain itu kelumumur juga mudah muncul.

* Kapanasan Suhu daripada pengering rambut, pengerinting dan pelurus rambut yang mengunakan suhu terlalu tinggi dan kerap menyebabkan kerosakan kutikel rambut serta menghilangkan kelembapan rambut.

* Cuaca juga menjadi faktor kepada rambut rosak, ini kerana sinaran ultraviolet boleh

Kesan pelurusan yang salah

Kesan pelurusan yang salah

menghilangkan protein rambut lantas merosakkan kutikel rambut. Terutama bagi rambut yang telah melalui proses kimia seperti bleaching, pewarnaan, pengerintingan atau perlurusan.

* Menyikat Rambut Terlalu kuat dan kerap boleh menyebabkan kecederaan pada kulit kepala lantas membawa kepada keguguran rambut dan kelumumur.

* Megikat rambut terlalu kuat menyebabkan tekanan kepada pangkal rambut dan kulit kepala. Selain itu elakkanlah dari mengikat rambut menggunakan gelang getah kerana ia menyebabkan

Akibat getah pengikat

Akibat getah pengikat

rambut terputus.

* Mencuci rambut tidak sempurna setelah selesai berenang juga membawa kerosakan rambut apabila masih ada garam dan klorin melekat pada rambut lantas membawa kepada rambut rosak.

* Terlalu Kerap mencuci rambut atau terlalu kurang mencuci rambut jika terlalu kerap mencuci rambut hinga setiap kali anda mandi perlu mencuci rambut ini akan menyebabkan kehilangan lembapan rambut dan rambut menjadi kering. Namun begitu jika anda sangat kurang mencuci rambut juga akan membawa kepada rambut rosak. Jika rambut jarang di cuci, rambut akan menjadi berminyak menyebabkan rambut senang gugur, selain itu kelumumur juga akan muncul menyebabkan gatal kulit kepala dan membawa kesan yang lebih teruk.

CARA MENGATASI RAMBUT ROSAK

* Cucilah rambut sekurangnya 2 hari sekali. Gunakan syampu yang sesuai dengan masalah rambut anda.

* Gunakan perapi yang mengandungi protein dan humectants untuk rambut berminyak sebaiknya elakkan perapi megena kulit kepala.

* Amalkan perawatan khusus seperti memakai hair mask sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk memperbaiki kadaan rambut.

* Meniniskan serum silikon khusus untuk melembutkan kutikel di samping menjadikan rambut bercahaya.

ELAKKAN….

* Penggunaan pengering rambut atau pelurus rambut yang terlalu panas

* Melakukan pelurusan atau pengerintingan rambut sendiri dirumah. Sebaiknya lakukan di salun-salun profesional jika tidak mungkin anda akan mengalami kerosakan rambut. Teknik perlurusan rambut yang salah juga boleh menyebabkan rambut anda patah dan luruh. Pilihlah salun yang terbaik untuk rambut anda kadang kala mereka ini bukan yang benar-benar profesional dan tahu pasal rambut jadi berhati-hati memilih salun.

* Menaiki motorsikal dengan rambut terurai, sebaiknya lindungilah rambut anda dari asap2 kenderaan dan sinaran matahari yang terik itu.

* Mengeringkan rambut mengunakan tuala hingga rambut tergeser antara satu sama lain boleh menyebabkan rambut terputus. Sebaiknya usaplah rambut anda dengan lembut.

* Bersyampu tanpa perapi.

* Menggunakan sikat yang telalu halus terutama bagi yang berambut panjang sebaiknya gunakanlah sikat yang jarang.

With Luv,
Ta'a Razali

Tuesday, January 15, 2013

BULAN 1 ~ SEWA ATAU TEMPAH?

 Salam Sume,

RasaNye belum terlambat untuk saya ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU" Untuk semua pembaca setia blog yang berhabuk nie.Heheee....Oklah, untuk hari tertibe rasa macam rajin plak nak update blog kan.

Sebenarnye dalam beberapa minggu nie, dalam 2-3minggu sibuk dengan sesi gunting menggunting dan sesi lekat melekat dOOr gift, tu yang menyebabkan kekangan masa yang lama untuk update blog **Itu semua Alasan** -_____-

Untuk buLan pertama nie, sebenarnye tengah servey2 lagi baju untuk majlis pertunangan yang akan diadakan pada **.**.**** nie. nOw dalam dilema samaada nak sewa or beli je kain memandangkan kalu kos beli kain+kos upah mahal jugak la daripada sewa. Lagipun kalu untuk majlis pertunangan mesti nak pakai bj aLa-aLa DIVA kan. Takkan la nak pakai baju opis nie je. sO baru-baru nie ade jugak tanya kawan-kawan yang nak sewakan baju. Servey-servey rasenye macam ada lah 2-3 helai baju yang memikat hati.  Dan yang paling penting harga sangat memuaskan hati. Yela, nak sewa pakai sekali jekan. kalu tempah baju pun still sekali pakai je, sO rasa rugi plak kalu nak tempah untuk baju yang akan dipakai beberapa jam je. Mungkin sejam pun xsampai kOt sbb lepas tu tergesa-gesa untuk Majlis Akad Nikah :)

Kat Bawah nie ada beberapa Baju untuk disewa.  Baju nie diorg pakai time Majlis pertunangan diorg. Cantik kan?Oklah, jOm kite review baju2 nie......

 Baju kat atas nie Baju Pertunangan dari Kawan FB : Cik Aby :)
Actually dah servey untuk upah jahit peplum nie. Maklum la, nOw peplum tengah naik dan jadi kegilaan pada kami2 nie. sO, pas dah servey2 kebanyakkan tailor amik upah rm600 termasuk veil tapi Cik Abg nie nak sewakan tak sampai separuh pun harga peplum nie.See, Jimat 2kali gandakan :)

 Baju kat atas nie plak disewakan oLeh Maya Dhira. Tema Kuning dipilih sebagai Majlis pertunangan beliau.
Oklah, biLa borak2 dengan Maya dalam Whatsapp baru-baru nie, die cakap harga kain dalam rm200++. kOs upah dalam rm700. sO total hampir rm1k jugak lah dan ini adalah hasil kerja tangan designer yang sedang meningkat naik iaitu 'Ken Anwar'. so, Maya nak sewakan dengan harga yang sangat2 murah berbanding dari harga untuk kain + kos upah. Bayangkanlah bOLeh dapat murah 4kali ganda dari harga sebenar. :)

But untiL nOw, tengah pikir samaada nak upah or nak sewa je. biLe pikir2 balik baik sewa je untuk menjimatkan kos sbb pasni xtau dah nak pakai kemana baju2 nie.Pas kawin belum tentu saiz badan sama seperti sebelum kawin, hOkey :p